Kenyataan saya pendirian rasmi parti, kata Khalid Samad
Pengarah komunikasi Amanah memberitahu kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu presiden dan penasihat umum parti.
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mempertahankan kenyataannya mengenai perang di Syria dan kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran adalah pendirian rasmi parti.
Menurutnya, kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang sebelum ia dikeluarkan.
“Saya tunjukkan kenyataan itu untuk dibaca Mohamad dan juga Ahmad Awang. Kedua-duanya bersetuju dengan kenyataan itu dan ia adalah pendirian rasmi parti.
“Jadi tidak perlulah nak melaga-lagakan kami,” katanya kepada FMT.
Respons beliau adalah susulan kenyataannya yang dilihat bercanggah dengan Mat Sabu.
Khalid mengkritik kehadiran Hadi pada Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.
“Amanah berpandangan menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar,” kata Khalid.
Ia bertentangan dengan pendirian Mat Sabu, yang dilaporkan berkata tidak perlu mengaitkan kehadiran Hadi di Iran dengan perkembangan di Syria.
Bagaimanapun, Khalid menjelaskan apa yang dimaksudkan Mat Sabu ialah pemergian Hadi itu merupakan rutin tahunan.
“Presiden (Mat Sabu) tidak menyokong tindakan Hadi. Apa yang beliau kata, menjadi kebiasaan Hadi ke sana untuk menyertai mesyuarat bagi mendekatkan mazhab Sunni dan Syiah sejak 30 tahun lalu lagi.
“Begitu juga Ahmad Awang, beliau tidak kata menyokong Hadi ke sana. Beliau kata tidak mahu campur,” katanya.
Sementara itu, pemergian Hadi ke Iran ketika umat Islam di sana dianiaya turut dikecam pertubuhan Islam seluruh dunia, dakwa pemimpin PAS Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, dalam satu kenyataannya.
Adun Batu Burok itu berkata, pemimpin gerakan Islam sepakat dan membantah keras pendekatan diambil Iran dan Hizbullah yang terlibat secara ketenteraan dalam konflik di Syria dan Yaman.
“Bagi pimpinan gerakan Islam dunia, tidak timbul langsung soal konflik yang berlaku ini sebagai ‘khilaf’ atau ‘ijtihad politik’ mahupun ‘ta’awun’ bagi mengelakkan perpecahan,” kata Syed Azman, bekas pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.
Katanya, pimpinan gerakan Islam tiada sebarang keraguan mengenai peranan Iran dan Hizbullah Lubnan untuk membantu regim Al Assad supaya terus berkuasa dan membunuh umat Islam di Syria.
“Kita sedang berhadapan musibah ummah yang amat parah. Darah umat Islam sedang mengalir dengan harga amat murah di serata dunia.
“Renunglah apa yang sedang berlaku di Syria, Yaman, Libya, Iraq dan Afghanistan,” katanya dalam tulisan itu.
Menurut beliau, di bumi Syria sahaja sudah lebih sejuta umat Islam menjadi korban konflik yang tidak menampakkan kesudahan.
Lebih 6 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian dan merempat di pelbagai negara.
Menurut beliau lagi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia pimpinan sarjana Mesir berpangkalan di Qatar, Yusuf al-Qaradawi, gerakan pembebasan Palestin Hamas dan juga parti An Nahdah pimpinan Rached Ghannouchi di Tunisia, antara yang membantah peranan Iran di Syria.
Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan Islamic State (IS).
Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah media mahupun media sosial yang cuba memburukkan rakyat Iran bermazhab Syiah.
“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa