Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 5, 2017

Serigala mahu mengembala kambing?

Trump tekad mahu jadi orang tengah konflik Israel- Palestin
Agensi |  Diterbitkan pada Mei 04, 2017 10:31 MYT
Ketika presiden Trump memperincikan hasrat melihat keamanan di Asia Barat, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pula mengemukakan tuntutan negaranya. - REUTERS/Jonathan Ernst

WASHINGTON D.C.: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berikrar untuk menjadi pengantara, penimbang tara serta pemudah cara bagi bantu wujudkan keamanan dalam konflik antara Palestin dan Israel.

Menurut Trump beliau akan lakukan apa yang diperlukan untuk memastikan rundingan damai direalisasikan.

Jelas Trump, beliau percaya wujud peluang cerah untuk mewujudkan keamanan di antara Palestin-Israel.

“Saya komited untuk bekerjasama dengan Israel dan Palestin untuk menghasilkan persetujuan. Tetapi apa jua perjanjian tidak boleh dilaksanakan oleh Amerika Syarikat atau negara lain. Palestin dan Israel perlu bekerjasama untuk mencapai perjanjian yang akan membolehkan rakyat kedua-dua pihak hidup, beramal dalam keadaan aman.

“Saya akan melakukan apa yang terdaya untuk membantu dalam apa jua bentuk. Saya mahu menjadi pengantara, timbang tara dan pemudah cara. Kita akan selesaikan isu ini,” kata Trump selepas menerima kunjungan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke White House, di sini pada Rabu.

Trump dalam pertemuan ini bagaimanapun tidak menyebut isu penempatan haram Israel di Tebing Barat serta Hamas.

Beliau sebelum ini meminta Israel menghentikan pembinaan berkenaan.

Sementara itu ketika presiden Trump memperincikan hasrat melihat keamanan di Asia Barat, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pula mengemukakan tuntutan negaranya.

Mahmoud menegaskan keperluan menyediakan penyelesaian yang akan menangani isu pelarian Palestin serta tahanan di penjara Israel.

“Tuan Presiden, sudah tiba masanya Israel menamatkan penjajahan ke atas rakyat kami dan tanah kami. Selepas 50 tahun, kami adalah satu-satunya warga yang masih hidup dalam penjajahan. Kami mahu mencapai kebebasan, maruah, hak menentukan nasib sendiri dan kami mahu Israel memperakui Palestin sebagai sebuah negara seperti mana warga Palestin memperakui Israel sebagai sebuah negara, “ kata Mahmoud.

Mahmoud berharap keamanan Palestin-Israel dapat diwujudkan dengan penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan 1967.

Israel bagaimanapun sebelum ini menolak cadangan itu atas faktor risiko keselamatan.

Kunjungan Mahmoud ke White House menyusul pertemuan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan Trump dua bulan lalu.

Pertemuan Trump dan Netanyahu memberi mesej hubungan semakin baik Israel-Amerika.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa