Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 10, 2017

Dah ko nak bertambus, salahkah isi rumah meminta disusun atur semula?

Aikk.....baru sehari dua dinaikkan pangkat dah nampak dah apa dia hajati........apa kata Iskandar, tak ker Iskandar panas punggung?

Ini satu lagi, apa ni.......tanak bersama tapi tanak berambus, nak bercerai tanak pindah. Masih nak tidur sekatil sebantal.
Tak malu ke?

Cadang Azmin rombak Kabinet: Amanah tak sabar mahu jadi Exco - Sallehen
Israr Khalid, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 10, 2017 19:54 MYT
SALLEHEN: Saya rasa agaknya Amanah tak sabar-sabar nak jadi Exco. - Gambar fail

SHAH ALAM: Cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merombak Kabinet menampakkan parti itu tidak sabar-sabar mahu memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

Kata Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu dilantik, Sallehen Mukhyi, hasrat tersebut sebenarnya sudah lama terbuku dan disuarakan sejak awal penubuhan parti itu.

"Bukan baru sehari dua, sejak awal lagi apabila DAP putuskan hubungan dengan Pas dan sejak Amanah ditubuhkan, kalam pertama ucapan yang keluar adalah menyuruh Pas tinggalkan kerajaan negeri.

"Saya rasa agaknya Amanah tak sabar-sabar nak jadi Exco. Tetapi kita memahami maksud, matlamat dan kehendak rakyat untuk Pas terus berada dalam kerajaan negeri," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pas Selangor buat kali pertama di sini pada Selasa.

Kenyataan Sallehen itu sebagai mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Nasional Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin yang mahu Mohamed Azmin merombak kerajaan negeri dan mengetepikan Pas.

Cadangan itu disuarakan susulan resolusi yang dibuat dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Alor Setar tempoh hari yang memutuskan supaya tiada lagi hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat nasional.

Bagaimanapun tegasnya, biar apapun keputusan Majlis Syura terhadap resolusi tersebut, Pas Selangor akan terus menggalas tanggungjawab dalam kerajaan negeri yang diamanahkan rakyat sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah, Sallehen turut mengulas kenyataan terbaharu Mohamed Azmin yang mengulangi komitmen dan keperluan untuk Pas terus membantu memperkukuhkan kerajaan negeri.

Dengan itu katanya, Pas Selangor akan berdiri teguh untuk membantu kerajaan Selangor melaksanakan maslahah rakyat.

Berhubung kenyataan Mohamed Azmin bahawa beliau sedia untuk bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sallehen menyifatkan ia satu usaha yang baik seiring prinsip Pas yang sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan demi kebaikan.

"Sebab itu dalam konteks sekarang pun bila kita hendak laksanakan Gagasan Sejahtera, kita sedia hulurkan tangan demi perpaduan.

"Tetapi bila kita hulurkan tangan, kita mahu supaya masing-masing boleh jaga perjanjian, jangan lakukan sesuatu yang melanggar dan tidak menghormati matlamat yang masing-masing bawa," tegasnya.

Dalam sidang media tersebut, Sallehen turut mengumumkan barisan kepimpinan Pas Selangor yang baharu untuk dua tahun mendatang, menyaksikan beberapa pertukaran dan lantikan antaranya Ahmad Dusuki Abd Rani kini sebagai Ahli Perhubungan Dilantik sementara Mohd Shafie Ngah kini memimpin Lajnah Pengurusan Prestasi, Penyampaian dan Penyelidikan.

2 comments:

  1. rakyat Selangor yang dah x sabar sabar nak singkir Pan tau...
    Pan Malaysian Islamic Party.

    ReplyDelete
  2. Ustat lobai makrufullah semua nie, bagi dodak,habis hukum bortukar...ciot

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa