Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 13, 2017

PAS sanggup jadi 'suami' dayus? - Pemimpin UMNO

Pemimpin Umno persoal PAS sanggup jadi 'suami' dayus?
mk     Hari ini, 6:09 petang
PAS Selangor dilabel sebagai parti 'tidak bermaruah' dan oportunis kerana masih mahu berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR ditamatkan semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata alasan parti Islam itu untuk tetap kekal dalam pentadbiran Selangor kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah tidak munasabah.

Ini kerana katanya mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat.

"Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai tapi masih mahu tinggal bersama...

"PAS sanggup jadi 'suami' dayus?

"Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa," kata Noh yang dipetik Bernama ketika bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Lompat parti

Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan anggota PAS, ADUN atau anggota exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.

"Jika PAS keluar daripada kerajaan Selangor, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Parti Amanah Negara) masih cukup untuk wujudkan komposisi pemerintahan baharu...

“PAS kini pembangkang di Selangor," katanya.

Disebabkan itu katanya, rakyat Selangor harus membuka mata dan bijak membuat perbandingan sama ada mahu memilih pakatan parti politik dengan krisis dan perpecahan tidak berkesudahan atau solidariti dan kebersatuan yang ditunjukkan BN.

Dalam perkembangan yang sama, wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli melaporkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melahirkan rasa bersyukur berhubung tindakan PAS yang memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Katanya, setelah sekian lama PAS akhirnya sedar bahawa gabungan yang disertainya dulu tidak
membawa kebaikan kepada rakyat.

"Saya bersyukur kerana PAS akhirnya sedar bahawa gabungan yang dia telah campur dulu tak bawa kebaikan untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada surau-surau di Parlimen Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya tentang perkembangan politik semasa antara PAS dan PKR.

Semalam, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta susulan parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama itu.

Keputusan itu memberi impak kepada kedudukan tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan semalam menyatakan tiga exco itu, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

2 comments:

  1. Pelik la umno dgn PAS sekarang ni....... Kepala cakap lain, ekor cakap lain.....najib dgn hadi awang saling sayang menyayang...... Yg bawah masih bermusuhan.......memang pening......hancur negara kalo ade menteri menteri jenis lidah bercabang mcm ni....

    ReplyDelete
  2. Betul kata ybD Noh...tiada maruah. Ana berpendapat, MBS DS Azmin tidak perlu terburu-buru menggugurkan exco Pas. Biar mereka letak jawatan secara bermaruah. Itupun kalau ada...apa-apapun hujah mereka, rakyat dapat merasakan Pas berpolitik tidak bermaruah. Islam begitu menekankan aspek maruah dan biarkan mereka buktikan mereka bermaruah atau tidak. Bagi ana Muktamar Pas sudah buat keputusan. Disahkan MSUPP. Jika DS Azmin bertindak...beban persepsi ditanggung PKR mahupun PH.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa