Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 29, 2017

Park Geun-Hye: Keadaan ini, siapa yang menang?

Park Geun-Hye kembali ke mahkamah
Agensi |  Diterbitkan pada Mei 29, 2017 16:04 MYT
Park Geun-hye selepas selesai perbicaraan kesnya di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seoul, Korea Selatan, pada Selasa, 23 Mei, 2017. (AP Photo/Lee Jin-man)

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye kembali ke mahkamah pada Isnin bagi menyambung semula perbicaraan kes rasuah beliau.

Geun-hye menghadapi pertuduhan termasuk peras ugut, rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Beliau bagaimanapun menafikan melanggar mana-mana undang-undang.

Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.

Rakyat Korea Selatan keluar mengundi 9 Mei untuk memilih presiden baharu.

* Bukankah maruah Rakyat Korea yang menang?
Mereka tidak lagi ditipu oleh seorang manusia yang berperisaikan kuasa!

1 comment:

  1. Pemikiran org melayu tak sampai ke tahap org korea. Pantang jumpa vvip dia nak kowtow. Org korea anggap vvip politik adalah hamba rakyat dan akan sentiasa dipantau bukan disembah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa