Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 26, 2017

Video inside - Zaidi ditampar: Dulu PAS kata UMNO ganas, ha...haa...hari ini apa jadi?

* Benarkah Mej. Zaidi provok mereka yang sedang demo?

Pegawai Guan Eng kena tampar depan masjid
mk  -  Hari ini, 6:00 petang
Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini.
Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).

Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya.

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya.

Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap.

"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang.

Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.

Bangkit isu dakwat SPR

Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian.

"Dia pun orang dah tua," katanya.
Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.

Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013.

Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria.

Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR.

Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau.

Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isu kesahihan dakwat digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu.

Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH).

Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP.

5 comments:

  1. perangai tak senonoh tapi pakai lebai, berjubah...

    ReplyDelete
  2. Pas + umno = perangai fasis

    ReplyDelete
  3. Jenis munafik.takda keperluan buat perhimpunan utk protes hal tuu melainkan ada tajaan dan sogokan utk provok.nak ramadzan buat perkara yg ditegah islam.mereka2 ni xda akhlak islam.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin borek anak buah rintik cuma beza pemimpin memaki hamun tapi pengikut bertaparan tapi pabila tiba pada jawatan dan wang serta sedikit kemudahan dari kerajaan samaada dari Pulau pinang atau selangor kemua itu diketepikan apakah jenis tok lebai ni dalam islam adakah diajar begitu terutama dalam menjelang menyambut bulan yang barakah ini,cuba MAIP sekat pula penceramah dari PAS dimasjid dan surau apakah pemimpin dan pengikujt PAS akan serupa dengan UMNO yang suka menuduh tanpa bukti kita tunggu dan lihat bukan semua perkara yang boleh menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  5. Awat mamu dok buat perangai lahanat..dok p tampaq org..kena kat mamu baru tau...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa