Najib, Hadi bertemu di KL sebelum PAS putus hubungan PKR?
Seorang blogger Umno mendakwa pertemuan berlaku beberapa jam sebelum Majlis Syura mengumumkan kerjasama PAS-PKR tamat secara rasmi.
PETALING JAYA: Pada hari Umno menyambut ulang tahun ke-71 semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber yang memberitahu perkara itu kepada FMT.
Bagaimanapun, sumber dalaman PAS ketika ditanya mengenai perkara itu tidak dapat mengesahkan pertemuan 2 presiden parti terbesar berteras Melayu itu berlaku.
“Tak pasti. Saya difahamkan Ayah Chik berada di hospital,” katanya, merujuk Hadi dengan panggilan mesra di kalangan penyokong kuatnya.
Sumber juga tidak dapat memastikan sama ada pertemuan itu diadakan di pejabat Najib di Putrajaya.
Ia turut dilaporkan seorang blogger Umno, yang berkata pertemuan “empat mata” antara Hadi dan perdana menteri itu berjalan selama 45 minit di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
“Harap Najib Razak akan umumkan hasil perbincangan itu malam ini sempena Umno 71 tahun. Mungkin biduk lalu, kiambang bertaut, sirih pulang ke ganggang,” kata Zaharin Mohd Yasin dalam catatan Facebook semalam.
Pertemuan itu, sekiranya benar berlaku, dilihat signifikan kerana diadakan beberapa jam sebelum Majlis Syura PAS memberikan lampu hijau memutuskan hubungan dengan PKR seperti mana didesak perwakilan pada muktamar yang baru berlalu di Kedah.
Keputusan semalam oleh Majlis Syura, badan didominasi “ulama” PAS dan mempunyai kuasa tertinggi dalam hala tuju parti, sekaligus mengakhiri kerjasama PAS selama hampir 18 tahun dengan PKR, sejak kelahiran parti itu sebagai Parti Keadilan Nasional pada 1999.
Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor. Bagaimanapun, gandingan wakil rakyat PAS dan Umno masih belum mampu memberikan jumlah kerusi yang diperlukan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Malam tadi, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, Najib meraikan hubungan mesra Umno dan PAS dengan memetik kata-kata Hadi yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”.
“Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.
“Hadi turut kata dalam politik boleh beza pendapat, tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara kena bersatu dan bersama,” katanya di hadapan kira-kira 100,000 yang hadir.
Sementara itu, sumber dalaman PAS berkata walaupun ahli PAS menyambut baik kenyataan Azmin supaya PAS kekal di dalam kerajaan Selangor sehingga akhir penggal, ia mungkin terlewat disebabkan tindak tanduk beberapa pemimpinnya, seperti Naib Presiden Rafizi Ramli, yang menyerang PAS.
“Dengan cara sebahagian pimpinan PKR menyerang PAS bersama DAP, PKR usahlah bermimpi bahawa PAS akan terus bersamanya.
“PAS ini bukan parti politik yang biasa… kemenangan politik bukan matlamat utama, ia cuma sampingan asalkan perjuangan mereka tercapai,” kata sumber yang rapat dengan pimpinan PAS itu.
Ini bukan satu issue baru sepatutnya pkr dap dan rakyat yg mendokong gerakan refomasi dh hidu perselingkuhan pas sejak dari pru 12 lgi.. tahaluf siyasi kan berjaya jika sebahagia dri pas wala pada nik aziz dan sebahagian pada hadi sebahagian mencipta gagasan islam di bawah cebisan cebisan parti terpingir Dap.pkr dan pas membentuk pakatan rakyat... dan sebahagian lagi merosakan dgn gerakan gerakan licik dgn agenda tersembnyi... dgn jalan pintas... bagaikan satu peristiwa pkm lelah berjuang... umno di bawah Malayan Union berbait pada baginda Queen.. mendapat nama dgan sedikit propa dibantu British.. diatas nama melayu.. Maka tercipta sejarah secara penistaan... dan kini diatas alquran dan hadis... Oleh penjual agama.. Maka yg menjadi sulit dlm pentabiran kerajaan bisa diulit menjadi surga... cilaka dia.
ReplyDeleteIni bukan satu issue baru sepatutnya pkr dap dan rakyat yg mendokong gerakan refomasi dh hidu perselingkuhan pas sejak dari pru 12 lgi.. tahaluf siyasi kan berjaya jika sebahagia dri pas wala pada nik aziz dan sebahagian pada hadi sebahagian mencipta gagasan islam di bawah cebisan cebisan parti terpingir Dap.pkr dan pas membentuk pakatan rakyat... dan sebahagian lagi merosakan dgn gerakan gerakan licik dgn agenda tersembnyi... dgn jalan pintas... bagaikan satu peristiwa pkm lelah berjuang... umno di bawah Malayan Union berbait pada baginda Queen.. mendapat nama dgan sedikit propa dibantu British.. diatas nama melayu.. Maka tercipta sejarah secara penistaan... dan kini diatas alquran dan hadis... Oleh penjual agama.. Maka yg menjadi sulit dankleptokrasi dlm pentabiran kerajaan bisa diulit menjadi surga... cilaka dia...Islam bembina bukan meruntuhkan yg buruk itu dikeji lalu dihukum ditimbang tara yg salah akan terbukti yg benar akan tersaksi... dan aku sebagai makluk diantara makluk berdoa yg menyebelahi saudara anuar ibrahim akan bertemu kejayaan yg benar akan tetap benar.. yg salah akan terbukti insan insan terinaya adalah keutamaanku... yang terinaya perlu dihijrahkan... dari simpulan simpulan fitnah tolonglah aku dari lelah ini..
ReplyDeleteALLAH MAHA MENGETAHUI APA NAWAITU KITA, DIHADAPAN ALLAH NANTI KITA JAWABLAH
ReplyDeleteBerpuluh tahun duk mkn kurma. Tiba2 dihidang buah anggur strwberi avocado. Nikmat2 duniawi yg ingin dinikmati seblm menutup mata. Ruginya berpiluh tahun tak rasa nikmat2 ni.
ReplyDeleteMung bahang duit ke aji adi? Tolol jgok pak haji nie,,orang duk harap ke mung banteras kemungkaran,,mu plok same naik, berat nanang mung.
ReplyDeleteBerat
ReplyDeleteBewak
ReplyDelete