Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 30, 2017

Apa masalahnya?

* Ianya bukan lagi sekadar tanggapan, bukankah ianya realiti? Itulah politik matang!

Zahid Hamidi peluk pemimpin Pas tular di media sosial
29 Mei 2017 | ARIF ATAN
Aksi mesra Zahid dan Khairuddin makin menguatkan tanggapan umum tentang kerjasama Umno-Pas menjelang PRU14

Bagai sahabat lama, aksi mesra Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memeluk Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tular di media sosial sejak malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang berjubah dan berkopiah putih itu bersama segerombolan rombongannya dalam kunjungan Naib Presiden Umno berkenaan ke Terengganu sempena Ramadan ini.

Khairuddin merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus yang berpakaian warna perang dan berkopiah hitam itu pula dilihat tersengih apabila dipeluk Zahid.

Terengganu dilapor menjadi negeri pertama kunjungan Zahid untuk berbuka puasa selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis iftar bersama rakyat.

Bernama melaporkan Zahid semalam hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari kawasam Kuala Nerus di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Isyak dan Terawih di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, di Kuala Terengganu.

Foto pemimpin Umno dan Pas yang dikongsi pengguna Facebook itu mengukuhkan lagi tanggapan umum tentang hubungan dan kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

* Lakonan yang gagal difahami oleh para wala'un

1 comment:

  1. Mmmuah... sayang attakiri... keh keh keh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa