Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 3, 2017

Tuduhan itu hanyalah manifestasi kepada kemunduran dan keusangan pemikiran politik mereka

Pimpinan Pakatan Harapan bebas rasis dan bigot
JAMZURI ARDANI

Para antagonis Pakatan Harapan sedaya upaya menggambarkan kononnya kolisi politik ini dikuasai oleh DAP. Padahal mereka tahu bahawa Perjanjian Pakatan Harapan meletakkan setiap parti mempunyai hak dan kedudukan yang sama dan keputusan adalah dibuat secara konsensus.

Mereka sebenarnya masih terperangkap dengan paradigma pemikiran feudal usang ala-BN yang sentiasa menganggap bahawa hubungan politik itu semestinya bersifat ketuanan atau berasaskan formula "master-slave". Ini adalah falsafah politik feudal dan masyarakat Melayu konservatif secara umumnya masih feudal pemikiran mereka. Naratif politik berasaskan "master-slave" sememangnya mudah menggamit sentimen dan sokongan politik di kalangan golongan konservatif ini.

Sejak 60 tahun lebih, naratif politik ini digunakan oleh BN sebagai alat pecah dan perintah. Orang Melayu mesti bertuankan Umno. Orang Cina mesti bertuankan MCA. Orang India mesti bertuankan MIC. Kesemua ini mesti pula bertuanan kepada golongan elit politik di kalangan segelintir pemimpin Umno dan sekutu mereka yang berkuasa.

Hakikatnya dunia hari sepatutnya sudah lama meninggalkan politik tribal seperti ini. Dalam dunia tribal, manusia tidak boleh hidup tanpa naungan tokoh dan kelompok. Aktiviti, pemikiran, dan malah identiti seseorang itu mesti terikat dengan naungan tokoh dan kelompok masing-masing. Era itu sudah usang dan tidak lagi relevan.

Politik hari ini mesti berasaskan nilai dan keupayaan, bukan kelompok atau tokoh lagi. Pakatan Harapan menampilkan naratif politik yang baru yang lebih progresif dengan menggagaskan kepimpinan politik berasaskan nilai dan kompetensi.

Nilai-nilai yang sedang digagaskan di dalam naratif politik Pakatan Harapan ialah kepimpinan politik yang amanah, jujur, terbuka, demokratik, telus, progresif, inklusif dan peduli. Adapun kompetensi teras yang perlu dibangunkan di dalam kepimpinan politik Pakatan Harapan ialah kebolehan berkomunikasi, berartikulasi, mahir ekonomi, diplomatik, kooperatif, cekap pengurusan, dan berwibawa.

Ia sepenuhnya bebas dari sentimen kelompok, perkauman atau bigotri.

Maka itu, retorik golongan konservatif bahawa Pakatan Harapan kononnya dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja sebenarnya hanyalah manifestasi kepada kemunduran dan keusangan pemikiran politik mereka.

1 comment:

  1. Itu SAJA modal politik yg umno dan pas ada utk dapat sokongan melayu. Pathetic!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa