Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 2, 2010

"Ikut Tuhanlah"

Di ceritakan oleh salah seorang rakan seperguruan saya rakyat Thai ketika kami bersama-sama mengharungi malam ujian di rumah Guru di sini. Oleh kerana kami bertemu pun sudah lama, tak silap saya pada pertengahan tahun 70'an saya telah lupa nama sipencerita dan nama watak di dalam cerita ini. Jadi saya namakan sipencerita dengan nama Ahmad dan watak yang terlibat di dalam ceritanya saya namakan Leman. Umur Ahmad ketika itu adalah peringkat Pak Cik kepada saya. Ahmad ialah salah seorang dari anggota Pemisah di Selatan Thai.

Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di era kebangkitan kedua Rakyat Melayu Selatan Thai melawan tentera Thai. Seperi yang diceritakan oleh Ahmad, Leman adalah seorang murid kepada Guru kami yang lebih lama dan Leman merupakan seorang murid yang patuh kepada perintah dan amalan yang diarah oleh Guru. Beliau cukup istikamah di dalam amalannya. Leman juga adalah salah seorang daripada Anggota Pemisah yang dikehendaki oleh tentera Thai pada masa itu. Beliau menjadi sasaran intipan tentera.

Pada suatu senja Leman turun ke sungai untuk mengambil wudhuk solat Maghrib. Sedang dia bertinggung di tebing sungai mengambil wudhuk, tiba-tiba badannya dihujani peluru dari senapang automatik. Dia terhumban dan tenggelam di dalam sungai yang agak dalam kerana impak peluru yang kuat. Tentera Thai yang menembak Leman tadi meluru ke tebing untuk meninjau sama ada sasarannya itu kena atau tidak dan mempastikan yang Leman sudah menemui ajalnya.

Belum pun sempat tentera itu tiba di tebing, tiba-tiba Leman muncul dari dalam air dan memanjat tebing lalu meluru ke arah tentera yang sedang menuju ke tebing. Melihatkan Leman tidak terjejas apa-apa kerana tembakan tadi, tentera itu pula meninggalkan senapang dan melarikan diri macam Kijang diburu. Tentera yang lari tadi hilang di dalam kegelapan malam.

Belum pun Leman tiba di tempat solat, orang ramai sudah datang melihat siapa yang kena tembak kerana mereka terdengar dentuman senapang automatik. Pada mereka orang itu mesti sudah jadi sasaran tentera. Mereka terkejut, rupanya Leman yang kena tetapi selamat tanpa apa-apa kecederaan kecuali kulitnya berbintat-bintat merah kerana hentaman peluru.

Sebenarnya Leman pun tidak tahu yang dirinya kebal dan tidak lemas di dalam air kerana dia tidak pernah menuntut dan mengamalkan ilmu sedemikian. Setelah dia solat dan merenung kembali kenapa dia kebal, barulah dia teringatkan kata-kata Guru. Mula-mula Leman belajar, dia ada bertanya Guru, apakah kelebihan amalan yang Guru perturunkan? Guru menjawab separuh marah "Kau amalkan saja kerana Allah, lepas tu ikut Tuhanlah!". Maksudnya kita amalkan saja apa yang diajar kerana Allah dan kelebihannya terletak kepada kehendak Allah.

Jadi semasa kejadian, Leman dikebalkan oleh Allah dan juga tidak dilemaskan di dalam sungai. Pada kami perkataan itu adalah biasa. Memang begitulah Guru akan menjawabnya sekiranya ada di antara murid yang bertanya tentang kelebihan ilmu dan amalan yang diarahkan.

16 comments:

  1. salam abg Din,
    Peristiwa nie hampir sama sprt yg berlaku kpd kwn saya di Petaling Street..beberapa tahun yg lepas..
    Kwn saya nie beramal dgn apa yg diajarkan oleh gurunya...tanpa bnyk tanya dan cerita..

    Nak dijadikan cerita..berlakulah pergaduhan diPetaling Street..bila kwn saya bergaduh dgn kaum yg monopoli bisnes disana..terkena tumbukan..kata mereka tumbukan seperti besi..walhal bukan besi yg digunakan...

    Yang Maha berkuasa dan Empunya Hak Berhak nak bagi apa yg sepatutnya kita dapat...

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    menarik ya.
    beramal dengan ilmu kerana Allah, tidak pernah Allah sesiakan

    ReplyDelete
  3. salam,
    Susah nak komen ni..tapi teringin juga nak suarakan apa yang terlintas dikepala.Lihat dulu amalannya Leman?

    ReplyDelete
  4. Salam ayahnda,
    Mengikut apa yg sy tahu,itu di panggil "maunah"pertolongan Allah.
    Yang biasanya berlaku kpd org2 yang mengamalkan bacaan ayat2 suci alqur'an atau selalu mengamalkan sunnah nabi secara istiqamah.Biasanya terjadi semasa kecemasan saja bukan selalu.
    betul ke?

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Setiap ayat ALLAH, ada isi dan kelebihannya. Sayang jika tahu tapi tidak diamalkan.

    Satu pengajaran yang baik dari kisah ini.

    ReplyDelete
  6. Maha suci Allah dgn zat kebesarannya... Tiada siapa yg dapat menandingi kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Justeru itu laksanakan apa yg diperintah dan tinggalkan apa yg ditegah nescaya berbahagialah insan itu dunia dan akhirat... Wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. W'salam IndukYati.

    Sememang kuasa Allah tidak ada atasnya. Akan diberikan pertolongan kepada siapa saja yang dikehendakinya terutama yang dekatkan diri kepadaNya dengan ikhlas.

    Sebenarnya kita sering dengar peristiwa pelik sebegini kepada manusia yang memperhambakan rohani dan jasmaninya dengan amalan-amalan Zikir dan Ayat-Ayat Alqur'an secara istiqamah.

    ReplyDelete
  8. Wa alaikumussalam a kl citizen.

    Memang Allah tidak akan mempersiakan makhluk yang dekatkan diri denganNya melalui amalan-amalan yang digalakkan oleh Agama Islam dengan tulus ikhlas kerana Allahu Ta'ala.

    ReplyDelete
  9. W'salam sdri.anak muallaf

    Apa yang saya tahu amalan Leman ialah Qiamullail, Zikir, selawat dan doa yang tidak menyalahi Qur'an dengan niat lillahi ta'ala dan berterusan.

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda ijoks2009

    Betul tu. mengikut apa yang ayahanda tahu kelebihan ini hanya berlaku ketika kecemasan sahaja dengan kehendak Allah. Biasanya tuan empunya diri pun tidak tahu. Biasanya manusia ini hatinya cukup ikhlas.

    ReplyDelete
  11. W'salam anakanda Isa.

    Kebanyakan manusia yang mengaku Islam tetapi ragu-ragu dengan janji Allah. Masih ragu-ragu dengan ayat-ayat Allah. Jadi bagaimana akan mendapat keberkatanya?

    ReplyDelete
  12. Salam
    1 Pernah dengar cerita yg lebih kurang sama dari seorang kawan
    2 Guru tomoi nya bekas PULO
    3 Masa perang memang tak tembus peluru (tapi sakit jugak kalau kena).
    4 Masa tak perang, potong bawang pun boleh luka
    5 Ikut cerita kawan tadi, bila guru dia ni kahwin, dia buang ilmu2 ni
    6 Kata guru tadi payah nak bawak ilmu ni kalau dah berumahtangga
    7 Ikut kawan saya, semasa nak buang ilmu ni, guru dia selalu bertarung seorang diri waktu malam
    8 Nak minta pendapat Pak Din pasal "buang ilmu" ni? Sebab ada melibatkan pendamping ke?

    ReplyDelete
  13. muraisenja

    Itulah ciri insan yang dikasihi dan diberkatiNya. Sama-samalah kita merenung ke dalam diri dan sanubari.

    ReplyDelete
  14. W'salam Anonymous

    Setahu Pak Din, ilmu dan amalan berdsarkan dua asas. Ilmu berteraskan dunia dan Ilmu dan amalan yang berteraskan akhirat\Allah. Ilmu dunia dan ilmu akhirat amat jauh bezanya. Ilmu yang berteraskan akhirat hanya diamalkan dengan berzikir, kiamullail dan ayat-ayat suci alqur'an dengan tiada tujuan lain, melainkan lillahi ta'ala mengharapkan keredaan dan rahmatNya.

    Ilmu yang berteraskan dunia juga ada yang mengamalkan ayat-ayat suci alqur'an, mentera dan sebagainya dengan syarat amalan yang tertentu, juga memohon kepada Allah tetapi dengan tujuan dunia semata-mata. Misalnya ilmu kebal, ilmu kuat, ilmu ghaib dan berdukun. Dan ilmu-ilmu yang berasakan dunia inilah yang boleh dibuang jika tidak mahukan lagi. Melalui ilmu ini ada juga yang ada Pendamping dari makhluk Jin atau Syaitan. Ilmu jenis ini tidak akan mendapat keredaan Allah walau pun Allah izinkannya mempunyai kuasa.

    Wallau a'lam.

    ReplyDelete
  15. tiada apa dan tiada siapa yang boleh menghalang kehendak dan kudratNya.

    ReplyDelete
  16. al-lavendari

    Ya saudara, "Kun fayakuun"

    Sekuat mana kita, Allah Maha Perkasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa