Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 4, 2010

Siapakah Yang Bising Itu?

Isu nama Allah. Sebenarnya siapa yang gadai, siapa pula yang pertahankan?

Copy n paste dari blog pemuda cheh. Izinkan saya.

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.

Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

Aku? Senyum sendiri.....

18 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Telah saya laungkan dalam blog. Ini semua political game umno/beEnded.

    Bagi yang buta hati dan fikiran akan tetap menyokong permainan ini.

    Mampus pi kat diorang.

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda Isa.

    Dari awal ayahanda pun telah menduga. Politik dan meraih sokongan.

    Tengok siapa yang masuk perangkap, bukankah mastermind UG? Siap dengan fatwa sekali!

    ReplyDelete
  3. armouris

    Terima kasih, info yang bagus. Saya telah ke sana dan telah baca.

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Inilah masanya untuk kita mencabar kerajaan melaksanakan Hudud.

    ReplyDelete
  5. Firasat saya, Allah me'telanjang'kan isu ni dgn beberapa peringatan supaya langkah-2 tertentu diambil dgn kadar segera. Tiadalah apa terjadi di bumi ni sia-sia sifatnya.

    1. Allah pada nama tu memang Tuhan yg di'kongsi' oleh semua manusia drp zaman terdahulu di serata dunia. Isbat dlm sahadah(taymiah?) kita adalah menafikan semua 'tuhan' yg zahir seperti berkuasa, hebat pada semua pandangan manusia di seluruh dunia dulu, kini, selamanya, melainkan mengangkatkan Allah sahaja sbg Tuhan yg haq sesuai dgn segala penerangan yg nyata yg dibawa utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.. Beza tauhid akidah ni adalah sempadan kita. Syariat juga ada byk beza dgn agama/pegangan/kepercayaan lain yg diakui benar oleh sesetengah pihak.

    2. Isu ni mengingatkan kita bahaya riddah/murtad oleh gerakan missionari & fahaman ateis (free-thinker) yg masih bergerak melaksanakan agenda mereka ke dlm masyarakat melayu-Islam. Mereka akan lebih yakin untuk menarik lebih ramai umat Islam yg lemah iman & tertekan dgn masalah tertentu dgn janji & tawaran yg lumayan.

    3. Untuk sekian kali, kita (pemimpin negara khususnya) kena lebih mendaulatkan hukum-2 & undang-2 syariah/Islam di dalam negara kita untuk menjaga umat Islam daripada terperangkap dgn unsur yg membahayakan akidah umat Islam & seterusnya memerangi murtad dgn lebih efektif. Jangan lagi, isu murtad disapu ke bawah karpet & bangkai mangsa keadaan itu disorok di dalam almari.

    ReplyDelete
  6. ontahlah pak din....teraba2la jwbnya kalu buta

    ReplyDelete
  7. cool!!!inilh kehidupan org islam berbangsa melayu yg merosakkan agama dan bangsa sendiri..huhuhu..last2 xtau ape nk jd.....

    ReplyDelete
  8. perlu memeriksa:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Saudara,

    Tegur salah tak tegur salah, semuanya serba salah. Bising salah tak bising nanti pun salah juga. Kalau dah tak suka SEMUA Salah. Kalau suka SEMUA betul. Kalau ada salah pun buat buat tak nampak salahnya.

    Saya AMAT Bersetuju hukum hudud 100% sebab dalam hudud, kalau siapa FITNAH - sebat 80 kali kalau dapat buktikan fitnah. Orang Melayu berpecah kerana fitnah bermaharaja lela.

    Tapi sedih juga bila hukum hudud sekarang berjalan di Pakistan tetapi rakyatnya masih bom mengebom, bunuh membunuh sesama Islam macam bunuh lalat sahaja. Kesian orang yang tak berdosa. Patutnya mereka dah ada hudud: Hidup lebih teratur, maju, lebih tenteram, aman dan sentosa. Memang susah nak gembirakan semua orangkan? Dan yang paling kita sedih susahnya kita nak bersyukur atas apa kurniaan Illahi pada kita, bangsa, negara kita. Masih ramai sangat yang tak mahu menghargai dan mensyukuri jadi rakyat Islam Malaysia. Kita cari apa yang tiada, tidak hargai APA yang ADA.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  10. Tok Harimau

    Cabar pun tak ada gunakannya. Dari Almarhum Tunku sehingga DS Najib berterusan menghina Hudud!

    Maknanya Allah sudah tutup hati nurani mereka untuk ke arah itu.

    ReplyDelete
  11. Hanz

    Bagi uncle mereka yang boleh menggunakan nama Allah hanyalah bagi yang menganut agama langit sahaja. Sekarang Kristian telah diselewengkan dan kitab Injil mereka telah pinda dan ditulis semula. Maknanya Kristian sekarang bukan lagi boleh diiktiraf sebagai Agama langit. Lagi satu, bolehkah kita percayakan mereka yang mereka tidak menggunakan nama Allah untuk mengelirukan Umat Islam yang kurang pengetahuan Agama?

    Pada uncle mereka pastinya ada menyimpan agenda rahsia beria-ia sangat ingin menggunakan nama Allah di dalam dakyah mereka. Bukankah Allah berpesan supaya kita tidak terpedaya dengan orang-orang Nasara dan Yahudi?

    Undang-Undang Syariah kita masih di klas yang kedua selepas civil. Maka tanggung jawab kitalah mendesak kerajaan supaya meletakkan Undang-Undang Syariah di tempat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  12. Sdr. Kulup

    Adalah lebih mulia buta mata dari buta hati yang tertutup untuk Iman, tertutup untuk Tuhan.

    ReplyDelete
  13. Anonymous

    Itulah sebabnya kita kena berhati-hati di dalam bertindak dan bertenang dan warah di dalam berfikir.

    Jangan kerana gelojoh rosak segala!

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Betul. Perlu diselidiki

    ReplyDelete
  15. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat

    Memang kesedihan kita tidak terhingga mengenangkan Orang-Orang Islam hanya garang sesama sendiri sahaja tetapi minikus bila berhadapan dengan siKafir.

    Bunuh membunuh, pulau memulau berlaku di mana-mana negara Islam. Baik di Timur Tengah, baik di Pakistan mau pun di Asia. Sifat buruk ini masih tidak terhapus. Cuba bayangkan mereka-mereka ini hidup tanpa Islam yang sedikit sebanyak membataskan mereka, mendisiplinkan mereka, mengubudkan mereka. Dalam pada hidup di dalam petunjuk pun mereka kacau bilau dan hilang kemanusiaan.

    Tentang Hudud memang kita tidak boleh nak kata apa sebab pelaksanaannya terletak di tangan kerajaan yang berkuasa. Kita hanya boleh berdoa dan berharap.

    Orang macam kita ni suasah puan. Nak tegur, kita bukan pandai. Nak ajar kita bukan Alim. Nak marah, kita bukan ada kuasa. Jadi kita memberontak di blog dan di dalam hati sajalah. Fitnah dan tuduh menuduh sudah jadi asam garam di dalam kehidupan Melayu\Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  16. Azyyati

    Terima kasih. Itu hanyalah pandangan peribadi uncle yang jahil ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa