Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 3, 2010

Lunyai Dikerjakan Hantu Raya

Diceritakan oleh seorang sahabat baik saya yang juga merupakan anak kepada Guru saya ketika beliau berkujung ke rumah saya untuk menziarahi kami sekeluarga. Beliau juga sekarang sudah membuka Pondok Pengajian Agama sendiri di Selatan Thai. Umurnya lebih tua dua tahun dari saya.

Mengikut ceritanya, pada suatu hari beliau dijemput oleh seorang lelaki yang meminta beliau tolong ikhtiarkan saudara perempuannya yang murung, tidak berselera makan, kurus kering dan pucat tidak bermaya. Katanya dia amat susah hati melihatkan keadaan saudaranya itu. Keadaan saudara perempuannya itu berubah setelah suaminya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Apabila ditanya oleh sahabat saya, orang itu hanya mengelengkan kepala kerana dia tidak pernah diberitahu oleh saudara perempuannya itu walau pun ditanya.

Pada malam hari berikutnya, sahabat saya tadi pun pergilah ke kampung orang yang mengundangnya itu. Selepas solat Isyak di Masjid kampung itu, sahabat saya itu pergilah kerumah yang mengundang setelah dijemput dari Masjid. Setibanya dirumah itu, dia merasakan ada sesuatu yang menghalang dia dari melangkah ke dalam rumah. Dia keraskan hati masuk juga ke dalam rumah saudara perempuan kepada orang yang menjemputnya itu. Secara tiba-tiba perempuan itu mengamuk dan menyerangnya sambil bertempik menyuruh sahabat saya itu pulang, jangan ganggunya. Kekuatannya luar biasa, matanya bertukar menjadi merah saga merenungnya dengan geram dan garang. Dengan keadaan ini sahabat saya sudah tahu yang dia berhadapan dengan Syaitan di dalam bentuk Hantu Raya.

Sahabat saya memohon untuk mendirikan solat sunat hajat memohon petunjuk untuk berhadapan dengan makhluk ini dan seterusnya menghalau Hantu Raya ini dari rumah dan melepaskan penguasaannya ke atas batang tubuh perempuan itu.

Selepas solat, sahabat saya tadi berhadapan semula dengan perempuan yang dirasuk itu dengan zikir yang dimantapkan. Setelah dihembuskan dengan ayat-ayat Alqur'an, perempuan itu pulih menjadi normal dan boleh bercakap.

Di dalam soal jawab itu, perempuan itu menyatakan setiap waktu suaminya ada bersama dan sering melakukan persetubuhan tidak kira masa. Malam atau siang dengan tenaga yang amat luar biasa. Bila ditanya tidakkah dia sedar yang suaminya sudah meninggal dunia? Dia menjawab yang tahu tetapi oleh kerana suaminya pulang dan ada bersamanya, maka dia menerimanya dengan senang hati (mungkin dia sudah dirasuk).

Pada awalnya dia cukup selesa dan gembira kerana semasa persetubuhan 'suaminya' itu dapat lakukan dengan tenaga yang belum pernah dirasainya. Dia cukup puas. Tetapi setelah sekian lama dia merasa lemah dan sudah tidak bertenaga melayan 'suaminya' dan cuba menolak. Walau pun dia tolak, dia dipaksa juga melakukannya. Dia tidak berupaya untuk melawan. Jadi terpaksalah serahkan saja mengikut kehendak 'suaminya'. Kerana terlalu lasak sehinggakan lubang anunya tidak tertutup sebagaimana biasa. Cukup seksa sehinggakan kadang-kadang air kencing meleleh tidak disedari. Seolah hilang deria rasa di tempat itu.

Setelah tiga malam sahabat saya berikhtiar, Hantu Raya itu berjaya dihalau ke hutan. Sahabat saya mengugut Hantu Raya itu, kalau tidak mahu lari ke hutan dia akan membunuhnya! Oleh kerana ketakutan Hantu Raya itu melarikan diri ke hutan sebagaimana di arah. Setelah dipulihkan dengan doa dan air solat hajat, wanita itu semakin pulih dan tak lama selepas itu sihat kembali.

Hantu Raya itu adalah belaan/dampingan arwah suami wanita itu untuk melakukan kerja-kerja berat di ladang dan sawahnya. Di samping itu juga suaminya menggunakan juga Hantu Raya itu untuk berdukun. Perkara ini diceritakan oleh saudara kepada wanita itu setelah wanita itu pulih. Selang beberapa bulan selepas itu wanita itu bernikah lagi dengan lelaki sekampungnya dan mereka tidak diganggu lagi.

12 comments:

  1. salam tuan,
    Menarik sungguh cerita tuan ini. Kebetulannya ending story wak itu hari dalam siri tangkap hantu masih tergantung. Tergantung kerana beberapa perkara. Sedikit sebanyak cerita tuan ini ada kena - mengena dgn ending story wak. Berkaitan dengan nasib 'janda' si arwah. Jangan lupa ikuti siri akhir bhg.2 minggu ini..tuan!

    Salam dari wak radenbanjar

    ReplyDelete
  2. Apabila berhadapan dengan Jin sebegitu, saya syorkan supaya didakwahnya supaya beriman. jika mereka ingkar, saya berpendapat mereka wajar dihukum sesuai dengan syariat Allah. Bukan dilepaskan begitu sahaja. janji jin yg kafir tidak boleh dipercayai dan mereka sentiasa menanti peluang jika kita leka.

    ReplyDelete
  3. W'salam albanjari.

    Sahabat,

    Insya Allah Wak, saya akan ikutinya. Apa pun peristiwa ini saya tidak alami sendiri. Peristiwa ini dialami oleh sahabat saya yang juga anak kepada Arwah Guru saya.

    ReplyDelete
  4. Nana Tanjung.

    Betul kata Nana tu, cuma mungkin sahabat saya itu juga mengikut petua Arwah Ayahnya iaitu Guru saya.

    Saya tidak alaminya sendiri, tetapi hanya berdasarkan cerita dari sahabat saya itu. Saya sendiri pun jahil di dalam hal-hal menghalau dan menangkap makhluk ini.

    ReplyDelete
  5. Salam ayahnda,itulah balasan org yg bersahabat dgn syaitan,dah mati pun isteri yg jadi mangsa.
    Nak tanya sikit.macammana boleh terjadi perhubungan badan antara hanturaya td dengan wanita tadi .jinkan makhluk halus lainlah kalau dia masuk dlm badan manusia.
    Bolehkah dia berbuat begitu dgn susuk asalnya?

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda ijoks

    Mengikut apa yang diceritakan balunya kepada sahabat ayahanda itu, memang dia merasai jasad yang wujud. Dan mengikut sahabat ayahanda juga Hantu ini boleh menzahirkan diri dalam bentuk yang boleh dirasai.

    Ayahanda nak terangkan lebih lanjut ayahanda sendiri pun kurang arif juga tentang kewujudan makhluk ini sama ada dalam bentuk jasad atau tidak.

    Ayahanda pun pernah tumbuk makhluk ini bila dia zahirkan diri dalam bentuk makhluk berupa manusia yang besar tetapi tak kena pun. Ayahanda hanya tumbuk tiang!

    Ini ada ayahanda ceritakan dalam satu n3 yang lepas.

    ReplyDelete
  7. Bila ayahnda cerita pasal tumbuk hantu ini,baru sy teringat.Dr.Harun Din pernah cerita dlm ceramah dia kisah yg berlaku kpd seorang sahabat Rsulullah yg namanya Ammar,nama penuh dia sy tak berapa ingat.

    Kisahnya begini,dlm satu perjalanan jauh atau mgkin dlm peperangan.Rasulullah s.a.w. memerintahkan Ammar mendapatkan sumber air.Akhirnya dia bertemu dgn sebuah lubuk tapi dia di halang oleh seorang lelaki berbadan besar dan hitam,dipendekkan cerita Ammar pun bertumbuk dgn lelaki hitam tadi yg akhirnya menang Amar.setelah amar kembali berjumpa baginda Rasul,
    Rasulullah memberitahu bahawa lelaki hitam itu adalah jelmaan dari beberapa ekor syaitan.
    Kisah ini membuktikan mmg Jin mmg boleh menjelmakan diri dlm bentuk badan manusia dan boleh di pegang.
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. Anakanda ijoks

    Kalau begitu memang betullah yang ayahanda tumbuk itu jasadnya tetapi malangnya tidak mengena. Tetapi yang pastinya makhluk itu tidak lagi menyakat ayahanda di tempat itu.

    ReplyDelete
  9. Tuan rumah,
    Saya sering mengikuti kisah pengalaman jin/hantu raya/pontianak/bunian di forum Cari. Banyak juga yg dapat dipelajari, sama seperti kisah dan gambar2 serupa di sini..

    Apa pun terima kasih sebab berkongsi pengalaman dan cerita.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  10. asalamualikum
    ayahnda..
    teruskan
    ............................
    1.sudah puas cuti ke?
    2. ada fikir nak buat biz ?

    sihat selalu

    ReplyDelete
  11. Salam ir Anon

    Sama. Saya memang untuk kungsi penemuan saya kepada yang berminat.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana surat saudara berkenaan Rusuhan Final Piala Malaysia yang saya telah jadikan n3 di blog ini.

    ReplyDelete
  12. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Terima kasih. Sebenarnya ayahanda belum lagi berfikir untuk mengisi masa lapang ayahanda. Mungkin ayahanda akan curahkan fikiran dan pengalaman ayahanda di dalam NGO pula.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa