Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 30, 2010

Tahniah JK Disiplin PAS Dan Aduka


Ucapan Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana Aduka Taruna telah di bebaskan oleh Mahkamah Seremban dengan ikat jamin RM5000 semalam sementara menunggu pertuduhan semula pada 31 Mac 2010 nanti. (Info yang saya dapat dari mulutnya sendiri melalui telefon malam tadi). Harap peristiwa ini mendewasakan Aduka.

Juga saya ucapkan Tahniah kerana hari ini juga adalah hari Persandingan di sebelah Pengantin Lelaki/Menyambut menantu di Seremban. Tapi kalau ikut adat Kelantan tidak ada persandingan di majlis Menyambut menantu. Yang ada hanyalah Solat Hajat atau Doa Selamat.

Bagi PAS pula,

ramai Penyokongnya yang bengang dengan keputusan JKDnya yang berbeza terhadap YB. Khalid Samad dan Hassan Ali. Keputusan yang nyata dari Mata yang buta dan Telinga yang pekak!

Apakah Khalid Samad digantung daripada parti tersebut hanya kerana beliau mempertahankan prinsip PAS dan turut mempertahankan Pakatan Rakyat?

Apakah Hassan Ali hanya diberikan amaran bertulis oleh kerana berjaya menghuru-harakan Pakatan Rakyat dan menghilangkan hormat rakyat terhadap parti tersebut?

Gambar ciplak dari neutral daily

Hassan Ali yang terbukti berpaling tadah dan mengkhianati PAS, Kerajaan Negeri Selangor dan PR hanya mendapat amaran sahaja. Nak ulas pun dah naik muak berkenaan JKD-PAS terhadap Hassan Ali, memang agaknya Jawatan Kuasa Disiplin PAS dah jadi macam Kambing Madul. Eloklah PAS teruskan saja niat Perpaduan bersama umno, bolehlah tidur dan berpelukan sebantal dan sekatil. Seronok kalau jadi Menteri?

Saya, Keluarga dan Sahabat yang bersimpati kepada PAS sebelum ini hanya tunggu bukti yang bakal menggegarkan PAS di PRU13 nanti. Buat masa ini saya tidak menoleh untuk senyum PAS dan tak akan mendermakan lagi walau satu sen pun.

Tekakku masih terasa pedih akibat menolong PAS semasa Pilihanraya Negeri di dalam MAGERAN dulu.

Tambahan : Maklumat lanjut Hukuman JK Displin PAS oleh
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG baca di sini

8 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Keputusan JKD-PAS semalam menjadi bahan lawak jemaah di masjid sesudah subuh pagi tadi.

    Ada yang buat lawak, ada yang nampak benggang sungguh dan ada yang akan boikot setiap program anjuran PAS untuk akan datang.

    Nasib le... diorang ingat bila dah duduk kat atas tu, orang yang di bawah ni takda akal agaknya...

    Yang pasti, ada suara jemaah pagi tadi yang mengatakan.

    "kalau nak minta sumbangan program itu ini jangan minta kat aku, pi mintak dengan hasan ali, aku haramkan duit aku walau satu sen pun kalau bagi kat PAS, baik aku bagi anjing makan lagi baguih."

    tu dia... ayat dari otai kawasan kami..., (dalam kawasan kami jika ada apa2 program kami akan adakan kutipan dari ahli terdekat di kalangan kami untuk cover serba sedikit, lepas ni sendiri mau ingat la)

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda Isa.

    Keputusan yang membawa petaka dan celaka. Padan muka PAS!

    ReplyDelete
  3. Keputusan yang menepati kehendak ahli dan penyokong PAS kecuali yang anti UMNO.

    ReplyDelete
  4. kluangman

    Kalau mengikut keputusan undian di Muktamar PAS tempuh hari, tanggapan saudara mungkin betul.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak

    ReplyDelete
  5. kita tengok bagaimana celaka keputusan ini dlm 2 tahun..

    for now, boleh laa cakap itu ini..
    tetapi kalau keputusan itu didasari dgn meneliti semua bahan dan saksi..

    atau memang satu penghakiman Berat sebelah..
    then.. time would tell..
    tapi kalu sekarang..
    ada orang kecewa.. silakan..
    Kalau ada orang tak nak terima keputusan dan nak buat tindakan sendiri.. silakan..

    BENAR Atau SALAH.. Lu fikirlaa sendiri...

    ReplyDelete
  6. SearchForHeaven

    Pada saya buat masa ini keputusan ini tidak adil (bukan salah). Bukti memang terpampang di mana-mana. Kesalahannya ialah tidak akur kepada keputusan parti dan berdialog diluar kebenaran parti. Menyanggah dasar kerajaan yang dia sendiri mendukungnya.

    Saya faham maksud search, dua tahun lagi mungkin PAS dan UMNO perlu tidur bersama kerana kepentingan Ummah atau sebagainya. Tapi apa kita perkatakan ialah hari ini, keputusan parti hari ini. Apa yang dia buat hari ini. Politik tidak semestinya berjalan sama dan selari pada semua masa.

    ReplyDelete
  7. Drpd laman web Ust. Nasaruddin Tantawi:

    Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

    Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .

    Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat .

    Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .

    Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "

    Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :

    a ] erat hubungan ,
    b ] mantap tindakan dan
    c ] kukuh benteng pertahanannya .

    Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi

    a ] medan penyatuan fikrah ,
    b ] tali penghubung ukhuwwah dan
    c ] kilang menghasilkan rijaal [ tokoh pejuang ] .

    p/s: kadang2 ramai yg komen ni bukan ahli/penyokong PAS pun, tapi pencacai UMNO yg ada perasaan benci terhadap PAS (kebangkitan Islam).

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  8. FZY

    Telahan beliau ada benarnya kalau kita teliti pada apa yang tersirat. Namun begitu salahkah bagi mereka walau pun bukan Ahli PAS, tetapi Penyokong PAS untuk menegur?

    Janganlah kita merasai hanya diri kita yang betul, orang lain semuanya salah. Perlu diingat, selain Rasulallah tidak siapa yang 'maksum'.

    Tindak tanduk dan fikiran kita menterjemahkan siapa kita sebenar. Kalau kita takut atau membutakan mata ke arah perubahan, maka kita akan berada di bawah tempurung selamanya.

    Pemimpin PAS perlu ingat, PAS tidak akan menang atau berjaya hanya dengan undi Ahli PAS. PAS perlukan undi orang ramai walau bukan penyokong PAS.

    Janganlah kita letakkan apa-apa teguran atau cadangan sekiranya tidak selari dengan apa yang kita fikirkan atau kemahuan kita, kita katakan itu adalah benih yang disemai oleh musuh (terus dicapkan musuh. Salahkah kita merenung dan berfikir tentang kebaikan teguran, cadangan hatta caci maki musuh sekali pun untuk kebaikan kita?

    Saya tidak mahu membela sesiapa pun di dalam bab ini, tetapi janganlah keadilan dinampakkan senget! Janganlah kita menhukum mengikut nafsu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa