Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 13, 2010

"Tiga Hari Timbullah Dia!"

Sekeluarga Orang Asli yang terdiri daripada Suami, Isteri dan seorang anak kecil lelaki serta mereka juga membawa sebilah Kapak dan sebuah Radio menaiki Jalor (sampan dari batang balak yang ditebuk) menyeberangi sebuah sungai yang berarus deras untuk ke kampung seberang. Setiba di tengah sungai, tiba-tiba Jalornya terbalik dan karam.

Jalornya dihanyutkan arus begitu juga dengan anak dan isterinya. Kapak dan Radionya terus tenggelam ke dasar sungai. Sisuami berjaya selamatkan diri dengan berenang ke tepi. Bila saja dia selamat mendarat, sisuami terus ke Balai Polis berhampiran penempatan mereka untuk membuat laporan. Setiba di Balai Polis, dia terus meluru masuk dengan nafas yang tercungap-cungap pergi mendapatkan seorang Pegawai Polis yang bertugas. Dia melaporkan yang sampannya terbalik dan karam. Anak dan Isterinya hanyut di bawa arus sungai. Kapak dan Radionya tenggelam ke dasar sungai.

Sesudah selesai membuat laporan, dia mendesak Polis untuk tolong selam dan dapatkan Kapak dan Radionya yang tenggelam. Desakan itu membuatkan Polis kehairanan. Biar betul Orang Asli ni. Kapak dan Radio pula yang dikepuhkan, anak dan isteri hilang tidak dihiraukannya. Jadi Polis pun menyoal Orang Asli tadi "Kenapa Kapak dan Radio pula yang kamu sebukkan, anak dan isteri kamu tak pun kau kisahkan?" Jawab si Asli pula "Tolonglah Encik dapatkan Radio dan Kapak saya, Encik". Lagilah siPolis kaget dengan kerenah siAsli ni "Yang engkau sibuk dengan Kapak dan Radio ni apa hal, anak dan bini engkau apa macam?" SiAsli berkata pula "Radio dan Kapak saya tidak akan timbul kalau tak diselam Encik tapi Anak dan Isteri saya, lepas tiga hari timbullah dia!"

Cuba bayangkan, kerana kebendaan sanggup lupakan anak dan isteri. Apa akan jadi kalau kita dipimpin oleh manusia yang bersifat dan nafsu sebegini. Kerana kebendaan yang berbentuk peribadi akan sanggup jual/gadai negara. Sebenarnya perkara ini sudah pun berlaku tanpa kita sedar.

Renung-renunglah ke belakang, apakah yang telah terjual dan tergadai....

8 comments:

  1. akum
    orang asli tu lebi pandai dari melayu

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    biar betul...

    ReplyDelete
  3. TBO

    W'salam. Terima kasih sudi jengok.

    ReplyDelete
  4. W'salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Memang ada kalanya mereka lebih bijak!

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam a kl citizen

    Kisah ini diceritakan kepada saya oleh seorang Anggota PGA ketika kami bersama di satu program Rekreasi Peringkat Nasional di Ulu Bendul, N9.

    Anggota ini bertugas di Balai yang berhampiran dengan POS Orang Asli di pendalaman.

    ReplyDelete
  6. kalau org serupa ini jadi pemimpin habislah tenggelam satu negara...janji perut dia timbul org lain mampoih pi la

    ReplyDelete
  7. muraisenja

    Padahnya kita dah pun terima sekarang!

    Air, Pasir, Minyak dan Gas negara yang mengaut banyak untung selain dari si penggadai. Pulau Batu Puteh dah pun lebur ke tangan orang lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa