Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 11, 2010

Hantu Lagi

Pak Din mohon maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana sejak beberapa hari yang lalu blog ini tidak diupdate kerana Pak Din kurang sihat.

Pak Din diserang migraine dan lemah badan.

Awal pagi ini Pak Din rasa agak sihat dan selesa. Bila boring bermain-main dengan arnab-arnab, jam 1.30 pagi ini Pak Din capai kamera dan round kampung ambil gambar.

Di bawah adalah gambar yang Pak Din ambil di sekitar kampung

Orb yang terang di celah dahan pokok

Orb di atas yang Pak Din besarkan

Satu bentuk menyerupai Ikan Paus

Gambar Ikan Paus di atas yang dibesarkan

Mata merah apa entah.....

Orbs yang cukup tebal dan banyak

Orb yang besar

Berbentuk kepala manusia lengkap dengan mata dan mulut

Pak Din besarkan

Rupa apa benda... tak tau

Orbs yang banyak di sepohon pokok

16 comments:

  1. Masa melawat Kyoto baru2 ini Yong tangkap beberapa gambar di sekitar kuil dan shrine. Nampak ade beberapa benda bulat dan kabus. Tapi masa tu hujan rintik2. So Yong kata ia bukan antu, tapi titik2 hujan yang terkena lensa kamera!

    ReplyDelete
  2. Karut bebeno deme ni... tahyul!
    Amat tinggi daya imiginasi deme... tak terikut teman. Ater idak ke ade antu yg berani nak tunjuk rope sebenonye.... meromang bulu ketiak teman!

    ReplyDelete
  3. ini kerja makhluk halus bersama jalinkan kerjasama dgn orng nyata iaitu kita lah..so bagi terdapat kegnjilan sekalipun jangan lah ambik itu sesuatu yng boleh kita rasa samada nak percaya tau tidak atas prisip hidup masinglah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, harap Pak Din semakin sihat.

    Hari-hari masuk sini sampai hairan kenapa tak ada entry baru? Sumthing wrong dengan pc saya ke? he he

    Last-last buat andaian, Pak Din pergi Mekah senyap - senyap.

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Nampaknya kalau tidak Jin pun makhluk seangkatan dengannya

    ReplyDelete
  6. Yong

    Mengikut pengalaman Pak Din kewujudan 'Orbs' di tempat begitu memang banyak. Tapi kalau rintik hujan terkena lens, ianya akan nampak bersinar dan bulay tidak sekata.

    Walau bagaimana pun Yong dapatkanlah nasihat yang lebih pakar di dalam photography.

    ReplyDelete
  7. Langsi

    Sebenornye takde sape pun yang dapat tengok rope hantu yang sebenornye.

    Ape yang kita dapat tengok hanyalah jelmaannya saja. 'Tipu daya Iblis'

    Maaflah kalau bahasa peghok tu tunggang-langgang sebab saya bukan orang perak, hanya Isteri saya orang Manjoi

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Batul tu! Saya mengambil gambar ini sekadar suka-suka di samping menegapkan hati dari ketakutan tak tentu hala.

    ReplyDelete
  9. Katon Tin Ton

    Ya, mereka dari angkatan yang sama. Jin, Hantu, Syaitan dan Iblis.

    Orbs adalah dari perkataan Inggeris. Kalau melayu dipanggil 'Semangat' kot?

    'Orbs are believed (by many) to be ghosts in the form of balls of light. They are life forms that travel in groups and are believed to be the human soul or life force of those that once inhabited a physical body here on earth'

    ReplyDelete
  10. melur

    Pak Din dah rasa ok sikit. Tapi mood blogging datang tidak sepenuhnya.

    Maaf Pak Din lambat respond terhadap hajat anak-anak Melur nak tengok Arnab. Melur boleh datang bila-bila masa saja selepas waktu Asar. Masa itu selalunya Pak Din dan adik ada di rumah.

    ReplyDelete
  11. InsyaALLAH. Pak Din, terimakasih atas keizinan . Saya akan bawa mereka pergi di masa cuti sekolah nanti

    ReplyDelete
  12. melur

    anak si ginger itu pun dah besar dan nakal. Cute sungguh. dan anak sibaby pula gemuk dan montel.

    ReplyDelete
  13. Pak din, ini yang tak tahan nak pergi rumah Pak Din ni. Saja saya tak beritahu anak-anak pasal perkembangan ginger and da gang..Biaq depa habis exam dulu.

    Nanti kami serbu rumah Pak Din...hehe

    ReplyDelete
  14. melur

    Ooo... dia orang exam rupanya. Good luck dan doa Pak Din untuk anak-anak.

    Ok, lepas exam nanti bolehlah datang bila-bila jer cuma msg. Pak Din dulu takut-takut Pak Din dan Adik tidak ada kat rumah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa