Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 20, 2010

Tolong Komen

Gambar ini dihantar oleh seorang bernama 'mhaneffs' pengunjung blog ini.

Beliau mohon gambar isterinya semasa berkursus di Kem BTN ulu sepri negeri sembilan diberikan komen oleh yang pakar. "Adakah Imej di belakang mereka bertiga itu hasil dari pantulan cahaya atau imej makhluk lain?"

Saya perturunkan harapan beliau:

Salam Pak Din..

Saya tgh confius nie..hehe..nie gambar isteri saya(bertudung purple) semasa berada di Kem Ulu Sepri,negeri Sembilan (kem BTN)..masalahnya,yang kat belakang tue,pantulan kamera ker..atau MAKHLUK tue..?kepada yang pakar,boleh laa komen2 sket..

Regards
mhaneffs


Pak Din ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi berikan pandangan. Rasanya blogger Murai Senja dan Anak Laut sudi-sudilah berikan pandangan.

10 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Rasanya itu adalah kerana kamera. Bukan la entiti lain.

    Sebagai contoh, kalau dilihat pada wanita bertudung hitam berbaju belang dibelakang sebelah kanan gambar juga akan terlihat bayang-bayang baju berbelang yang agak terkebelakang dari wanita tersebut.

    Imej yang terhasil mungkin dari ada orang yang melintas dibelakang sebjek.

    ReplyDelete
  2. Salam, Pak Din.

    Saya rasa saya kenal imej di belakang itu. Kemungkinan besar ia adalah superhero macam The Flash. Yang jalan laju macam kilat tuu.... kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Lebih baik buat ulasan
    sajak Pak Sako di atas

    minta ulasan Dr Faisal Tehrani
    atau Dr Maza
    atau siapa-siapalah

    ReplyDelete
  4. ..camera compak selalu menghasilkan imej sebegini..tak de ape yang nak dirisaukan..

    ReplyDelete
  5. sama pendapat mcm anon

    sama juga mcm gambar orang berbaju merah tu...

    cuma mungkin org kat belakang tu berjalan laju sket, so sbb tu jadi gitu..

    sy punya gambar akan jadi gitu slalu

    ReplyDelete
  6. tidak kelihatan hantu disana, jin pun tidak tapi orang melayu suka percaya kepada perkara yang tak patut dipercayai

    ReplyDelete
  7. Memang ada bayangan kat belakang tu, rasanya ada orang yang melintas di belakang dengan laju...

    ReplyDelete
  8. Saya pernah ke kem BTN Ulu Sepri ..

    Paling menarik, di banyak tempat pada kayu bumbung asrama kediaman, ada terikat bunjut kain berwarna putih.

    Bila ditanya warden kem, dia kata ubat tak nak kasi kelawar hinggap (sulfur).

    Tapi saya tak fikir itu tujuan sebenarnya ..

    Yang hairan lagi, kat bangunan lain takde pulak ..

    p/s :
    Apa2 pun yang pasti, imej kabur di belakang mereka bertiga hanyalah peserta lain yang melintas di belakang. Kamera yg low shutter speed, kebiasaan kalau ambik indoor akan selalu gagal merakam dengan baik / jelas imej yang sedang bergerak ..

    Lain la kalu kat situ mereka bertiga jer yang ada !!

    ReplyDelete
  9. Salam kepada semua yang sudi memberikan komen dan pandangan.

    Pak Din bukan pakar di dalam bidang ini dan diharap mhaneffs berpuas hati dan kemusykilan mhaneffs terjawab.

    Terima kasih yang tida terhingga kepada semua.

    ReplyDelete
  10. sape2 yg cakap ni hantu, maknanye mmg bangang dan bahalol..yg ko nmpk tu gmbr yg diambil org yg tangan dia 'pengkok'..tau pe tu 'pengkok'? Kalo kaki org panggil kaki bangku la..tangan cam bangsat,ambik gmbr pun tak reti..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa