Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 22, 2010

Kejadian Di Hadapan Rumah Mountdweller

Kejadian berlaku ketika Pak Din di Besut rumah 'Gadis Yang Hilang'. Kejadian ini diberitahu oleh anak jiran Pak Din kepada 'Adik' (anak Pak Din).

Mengikut anak jiran, dia dengar dua das tembakan tetapi tidak tahu siapa yang menembak dan siapa pula yang ditembak. Yang dia nampak hanya Kelisa mengejar Kancil.

Kalau benar apa yang berlaku adalah memalukan pasukan Polis itu sendiri. Polis dari Daerah lain bawa senjata di luar tugas dan menembak sesuka hati. Kalau berlaku kematian bagaimana agaknya.

Adakah akan berlaku lagi bukti yang diletakkan (Planted evidence)?

Percayalah Rakyat Malaysia yang berkepala hotak sudah jemu dengan lagak brutal dan keterlaluan Polis!


Lelaki terkena tembakan polis


KOTA BHARU-Gara-gara cuba potong memotong ketika memandu kereta, seorang lelaki cedera di punggung selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di Batu 2, Jalan Kuala Krai dekat sini, mangsa yang berusia 20-an itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II akibat kecederaan yang dialaminya dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Perodua Kancil melalui Jalan Kuala Krai.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki dua anggota polis terbabit.

“Pada masa sama berlaku potong memotong dan secara tiba-tiba anggota polis terbabit dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa. Tembakan itu mengena bahagian punggung dan mangsa mengalami luka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta yang dinaiki mangsa kemudian berhenti di tempat kejadian dan anggota polis terbabit kemudian keluar dari kenderaannya lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Selepas kejadian anggota polis terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa kemudian dibawa ke HRPZ II oleh rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

"Sebaik menerima laporan, polis Kelantan membuat semakan terhadap kereta Perodua Kelisa dan mendapati kenderaan itu milik seorang anggota polis yang berusia 28 tahun," katanya.

Menurutnya, anggota polis terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan datang ke Kelantan untuk urusan perbicaraan di mahkamah.

“Polis Kelantan juga sudah menghubungi IPD Pekan dan memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihaknya kini mengesan anggota polis terbabit dan sudah mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. Jika sabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun,” katanya.

Sumbar dari SH

8 comments:

  1. Ayahnda,polis loni tak semakin biadap dan tak beretika.
    Tapi saya tabik pada Ketua Polis kelantan ,satu-satunya ketua polis negeri yang lulusan Tahfiz.
    Setiap ucapannya tidak kira dimana samaada di jabatan kerajaan atau disekolah selalu diselitkan dgn ayat -ayat suci.

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Tambah lagi senarai samseng dalam negara...

    Samseng dikalangan Polis pula.

    Adooiiii.... apa nak jadi dengan Malaysia nih....

    ReplyDelete
  3. Anakanda ijoks

    Apa nak kata lagi. Manusia yang diberikan amanah menjaga keselamatan rakyat pun berperangai begitu. Yang tidak ada tanggung jawab lagilah samsengnya.

    Penempatan Ketua Polis Kelantan adalah tepat pada masa, tempat dan kedudukannya.

    ReplyDelete
  4. Anakanda Isa

    Nampaknya semakin ramai manusia yang otaknya kurang sihat!

    ReplyDelete
  5. SALAM AYAHNDA ..
    SIHAT???
    BANYAK ORANG TAKDE OTAK BERKUASA SEKARANG... TENGOK LA SURAT KABAO MINGGU NI BERHIMPUN TER JERIT JERIT

    ReplyDelete
  6. Main tembak orang suka hati dia je...Sekali dua boleh dimaafkan sebab tersalah tembak atau terkena peluru sesat atau sebab nak mempertahankan diri(kononnya)...

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Alhamdulillah sudah bertambah sihat.

    Sayang, ramai juga pemimpin dan yang berkuasa mempunyai otak yang baik tetapi ada ketikanya otak yang baik tidak mempunyai fikiran yang cerdik. Inilah yang menjadikan lawak bodoh!

    Yang kebetulan mempunyai kuasa tetapi bodoh itu, biasalah....

    ReplyDelete
  8. melur

    Penggunaan senjata sewenang-wenangnya memang perbuatan melampau dan tidak boleh dimaafkan begitu saja terutama manusia yang memegang amanah rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa