Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 17, 2010

Jin Atau Apa?

Malam tadi Pak Din dikunjungi seorang rakan yang juga seorang Wartawan salah satu media yang memuatkan cerita misteri dan kejadian anih. Beliau meninggalkan gambar-gambar yang beliau rakam berkenaan seorang gadis yang selalu hilang dari pandangan mata keluarga dan masyarakat. Kononnya telah diambil oleh makhluk lain.

Gambar gadis berkenaan di ribaan ibunya

Inilah Makhluk yang cuba mengambil gadis itu

Beliau sempat rakam ketika kunjungan beliau ke situ
(Pak Din terangkan)

Suasana di hadapan rumah gadis itu (penuh dengan Orbs)


Cerita ini adalah berkenaan perkara yang sama

12 comments:

  1. Salam, Pak Din.

    Saya rasa pelik dan hairanlah. Kenapa kes-kes seumpama begini hanya berlaku di tanah Melayu saja? Kenapa tak berlaku di London? Seoul? New York? Tokyo? Beijing? Pak Din tak rasa macam tu ke?

    ReplyDelete
  2. depa di seoul, new york dan seangkatannya itu memang dah geng dan sealiran. buat apa nak kacau lagi.memmang jin dan iblis tugasnya nak sesatkan orang islam..

    ReplyDelete
  3. ni lah cerita orang melayu, betul kata sudin tu buat le cerita ayam belaga ke...

    ReplyDelete
  4. Salam Reformis jalanan,
    mana tahu tidak berlaku di tempat2 itu?

    ReplyDelete
  5. W'salam Reformis Jalanan

    Di tempat mereka pun ada. Cuma dengan cara dan kepercayaan masing-masing. Ini sesuai dengan cara makhluk ini merusakkan kepercayaan manusia.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Pandangan saudara ada logiknya. Yang penting kepercayaan dan Iman orang Islam perlu digugat.

    ReplyDelete
  7. Panglima Muda

    Kejadian sepenuhnya saya tidak tahu, begitu juga kawan saya itu. Cuma apa yang dibawa balik adalah gambar-gambar dan cerita mulut dari keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  8. melur

    Di tempat lain juga berlaku, cuma mungkin dengan situasi dan cara yang berbeza. Namun Iblis tetap Iblis dan Syaitan tetap Syaitan.

    ReplyDelete
  9. Pelik..
    tapi ade benarnya..
    kalau benda gini kita tak percaya..
    boleh bayangkan tak macamne orang y sblumnya sihat..tiba2 muntah keluar paku dan darah???(santau)

    padahal doktor cek sumenya sihat jer...

    ReplyDelete
  10. Pelik tapi benar ..ok la tu.

    Jangan kita pelik benda/hok yang tak benar pun. Hehehe.

    Jin & hantu suka kat orang agaknya. kan ke orang sempurna kejadian. Hok yang tino, lawa lagi berhias. Qnagi pulak tu. Geram la kot para jin jantan. Berahi? Entah la.

    Lagi pun 'advantage' depa tu depa jin ni boleh lihat kita, kita tak boleh lihat depa ada dekat & sekeliling kita. Tu depa 'merenyam' tu. Betul tak, Pak Din?

    Hehehe

    ReplyDelete
  11. aSmiDar

    Betul. Jin dan Iblis ada dinyatakan Allah di dalam alquran. Tanpa izin Allah mereka tidak berkuasa sedikit pun.

    Ya, Santau. Pak Din pernah terkena dan memang pernah merasainya. Tapi Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa!

    ReplyDelete
  12. Hanz Newman

    Ha..ha.. mungkin sekarang makhlluk Jin dan seangkatan dengannya tidak minat lagi sesama mereka. Mereka lebih minat kat manusia!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa