Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 26, 2010

Kenyataan Yang Buatkan Aku Gelak

Aziz Minta Pengundi Bijak Pilih Wakil Rakyat

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff mahu pengundi di DUN tersebut membuat pilihan yang bijak dalam memilih wakil rakyat yang boleh berjasa dan membawa pembangunan kepada mereka.

Katanya beliau tidak mahu penduduk tersalah pilihan seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008, dan menurutnya kini sudah sampai masanya pengundi membuat penentuan terbaik kerana hanya BN sahaja yang dilihat mampu membawa segala pembangunan di kawasan itu.

"Semua boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan yang dinikmati di negeri-negeri lain di bawah kepimpinan BN, dan saya tidak mahu penduduk Galas ini terus ketinggalan selepas ini," kata Setiausaha Umno bahagian Gua Musang itu kepada Bernama di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan pada 4 November ini berikutan kematian penyandangnya (PAS) Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Abul Aziz berkata setiap penduduk seharusnya jangan mudah terpedaya dengan janji kosong pemimpin PAS yang hanya cuba mempengaruhi undi sahaja, namun tidak dapat membuktikan kejayaan dalam membawa kemajuan.- mStar

Kataku : Aziz ni betul ke nak jadi Wakil Rakyat? Dia minta Pengundi menjadi bijak, tetapi bijakkah dia bila dia membuat kenyataan dangkal terutama yang saya warnakan merah di atas. Dia sendiri umpama katak diserkup belanga buruk!

Cubalah keluar dari Belanga buruk itu dan buka mata serta minda. Walau pun engkau hanya ada SPM tetapi sebagai manusia yang bercita-cita menjadi Pemimpin mestilah lebih bijak dari itu. Kalau dia dengan otak dan fikiran begini dipilih oleh makhluk Galas, aduh... simpatinya saya!


2 comments:

  1. Salam semua. Saya baru je balik dari kelantan kelmarin untuk beriadah dan membeli belah. Setelah sekian lama tak berkunjung kesana, apa yang yang saya lihat nampaknya pembangunan ok saja dan kawasan kediaman macam cendawan tumbuh dan lebih menarik dari negeri dimana saya bernaung (N9). Paling membanggakan Saya ialah inilah negeri dimana bangsaku memegang kuasa ekonominya..... Bangga Sangat...

    ReplyDelete
  2. W'salam Anonymous

    Itu sebabnya dia ni saya ibaratkan 'katak di bawah belanga buruk!'

    Mata tidak melihat dengan jelas, otak pula terkurung

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa