Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 23, 2010

Malaysia Hilang Enjin Jet, Amerika Hilang Kod Nuklear

Inilah untungnya bila rapat dengan 'Orang Besar'. Di Amerika tidak diambil apa-apa tindakan tetapi di Malaysia siap dengan 'Kambing Hitam'.

Mayat berkecai pun tak apa sebab 'Kambing Hitam' tetap ada untuk dikorbankan.

Kad pelancar serangan nuklear AS hilang


WASHINGTON - Seorang pesara tentera Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat dengan bekas Presiden AS, Bill Clinton mendedahkan salah satu komponen penting dalam protokol pelancaran serangan nuklear hilang semasa Clinton menduduki Rumah Putih.

Pendedahan itu dilakukan oleh Jeneral Hugh Shelton dalam buku terbarunya yang menceritakan pengalamannya bekerja di bawah Presiden AS.

"Kod pelancar nuklear itu hilang selama berbulan-bulan. Itu adalah sesuatu yang serius tetapi kami bernasib baik tiada masalah timbul," katanya.

Menerusi bukunya bertajuk ’Without Hesitation’, Shelton memberitahu kad mengandungi kod pelancar nuklear akan disimpan oleh salah seorang pembantu yang 'melekat dengan Presiden seperti gam'.

Kod itu membenarkan Presiden membuka sebuah beg bimbit mengandungi arahan melancarkan serangan nuklear.

"Saya pasti kehilangan kad itu tidak diketahui oleh Clinton," katanya.

Sumber SH

2 comments:

  1. salam ayahnda
    malaysia lebih hebat
    kode itu tentu sekeping cad atau disk
    berbanding enjin

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Betul. Enjin lebih besar dan senang pula mendapat pasaran gelap. Kod yang berada di dalam kad atau disk agak payah mencari pembeli.

    Bezanya di Amerika terlepas dengan tidak berkambing hitam tetapi di sini terpaksa mengepung dan menangkap kambing hitam untuk melepaskan diri.

    Akhirnya kita/rakyatlah dibutakan di siang hari!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa