Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 20, 2010

Logikku Tak Terima

Dengan melepaskan 17 das tembakan, adakah benar tiada niat untuk tembak bunuh?

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu. Satu tuduhan dan dakwaan tidak logik dan tidak boleh diterima akal.

Hafiz Yatim
Okt 12, 10
10:51am


Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendengar perbicaraan seorang koperal yang didakwa menembak mati remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, yang bermula hari ini diberitahu 17 kelongsong peluru dijumpai di lokasi kejadian.

Pasukan forensik polis juga menjumpai dua butir peluru hidup daripada jalan di mana adengan mengejar itu berlaku.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid tanpa niat di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Laporan sepenuhnya di sini

6 comments:

  1. Pak Din,
    Mcm cerita dah keluar sekarang ini bila masuk mahkamah.Pada logiknya adalah 1 nyawa dibesil dengan 17 butir peluru..???

    ReplyDelete
  2. Betoike sume peluru tu dari pistol dia? Kan ade ramai polis dalam keter peronda tu? Logiknya sudah tentu bukan dia sorang yang menembak.

    ReplyDelete
  3. ek, dia pakai mesin-gun ker? Banyak sungguh tembakan .. Atau dia pakai pistol tapi semua pistol & peluru pada dia sorang saja? Apa dia ingat dia tengah layan main 'game' tembak-tembak kot? Gila menembak@membedik picu?

    As much i do love policemen i just hate misled or abuse of power by any policeman. Shenanigan like. Justice for Adik Aminulrasyid Amzah. The late Aminulrasyid.. Wait a sec..Amirul ker Aminul? Arghhh!

    ReplyDelete
  4. anakmuaallaf

    Betul. Yang logik dan sahihnya begitulah.

    ReplyDelete
  5. Yong

    Kalau ramai yang menembak kenapa hanya seorang yang dituduh dan didakwa?

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Uncle pun harap dan doa supaya arwah mendapat keadilan yang sewajarnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa