Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 16, 2010

Kezaliman Pembangkang?

Inilah bahasa yang Khairy gunakan. Rupanya Khairy baru sedar dan baru faham apa itu zalim bila dah kena pada diri sendiri dan kroni.

Rupanya bekas graduan dari Oxford pun bengap juga untuk memahami apa itu KEZALIMAN.
Dia lupa bilakah kezaliman mula bertapak dan siapakah yang memulakannya.

BN Hasrat Tawan Selangor Atasi Kezaliman Pembangkang

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno berhasrat menawan kembali negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang dengan mengatasi kezaliman pembangkang terhadap rakyat.

"Dalam usaha berkempen untuk mengembalikan kegemilangan parti Barisan Nasional (BN) tidak ada gunanya jika parti ini tidak dapat menawan semula Selangor yang merupakan negeri paling maju di Malaysia," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah One Malaysia (JOM) peringkat negeri Selangor di sini, Sabtu.

Khairy berkata kezaliman sebenar datangnya daripada pihak pembangkang sendiri, bukan BN atau pun Umno sebagaimana didakwa pihak pembangkang.

Kezaliman tersebut dibuktikan dengan adanya sikap berat sebelah oleh agensi-agensi kerajaan negeri di bawah pembangkang yang bertindak menyenarai hitam sesetengah kontraktor, pengusaha-penguasaha kecil, kaum Melayu dan bumiputera, katanya.

"Bila pembangkang menang, mereka kaut semua harta perang. Kontraktor-kontraktor kecil dan Kelas F dipinggir dan disisihkan.

"Macam-macam yang mereka buat kepada golongan tak bersalah ini yang sebenarnya tiada kaitan dengan Umno.

"Sebabnya, mereka ini pernah sekali dapat sikit rezeki daripada kerajaan BN yang memerintah dahulu," katanya.

Kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, BN tidak menghadapi masalah pada pilihan raya akan datang jika semua pihak mempunyai semangat seterusnya dapat mewujudkan sebuah suasana yang dinamakan 'parti menguasai kerajaan'.

Katanya, jika sesebuah kerajaan negeri tidak sehaluan dengan kerajaan pemerintah adalah sukar untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Mengulas tentang kekuatan BN pada masa sekarang, Khairy berkata ia terletak pada kemampuan parti itu untuk mendekati, membantu dan mensejahterakan rakyat.

"Saya selalu nasihatkan ahli-ahli supaya tidak bersandarkan kepada kelemahan pembangkang. Kita kena kerja kuat untuk tunjukkan kekuatan kita.

"Rakyat tidak hanya tengok kelemahan pembangkang, tapi juga akan melihat apa kekuatan yang kita (BN) ada," katanya.

Program JOM yang dimulakan di Parlimen Gombak pada Sabtu merupakan salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan rakyat dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Kita akan mencari rumah-rumah yang paling usang dan daif di seluruh negara, membantu membaik pulih rumah tersebut tanpa mengambil kira kaum, bangsa, agama dan fahaman politik penghuninya.

"Ada satu dua kes yang kita dapati penghuninya adalah penyokong pembangkang, tetapi kita tetap beri bantuan kerana apa yang penting bagi kita ialah turun padang dengan melakukan sesuatu, bukan setakat berceramah sahaja," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perjuangan pergerakan itu bukan hanya retorik semata-mata sebaliknya sentiasa memperjuangkan hak untuk golongan muda.

Sebagai pengantara kepada kerajaan, Pemuda sentiasa mencari jalan supaya kerajaan dapat membantu golongan ini dengan dasar-dasar dan program-program yang ditetapkan.

"Kita tak adakan demonstrasi, kita tak ada bantahan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Kita berjuang utk anak muda, untuk generasi muda. Kita melihat apa kekangan mereka, kerisauan, kekhuatiran, aspirasi dan hasrat mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa