Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 19, 2011

AS Tuduh Pakistan Sokong 'Pengganas' Pula

Ini saja nak cari sebab untuk lanyak Pakistan pula.

Pakistan, dari hamba dijadikan musuh pula. Inilah akibatnya melanggar peringatan Allah.
Allah sudah ingatkan jangan percayakan 'Yahudi dan Nasara'.

Kalau dilanyak padan muka!


Pakistan sokong pengganas: AS

ISLAMABAD - Duta Amerika Syarikat (AS) di Pakistan mendakwa terdapat bukti mengaitkan kerajaan Pakistan dengan jaringan Haqqani, iaitu sekutu kumpulan militan Al-Qaeda.

Cameron Munter mengeluarkan kenyataan kasar itu semasa wawancara dengan Radio Pakistan, kelmarin selepas beliau mendakwa kumpulan Haqqani bertanggungjawab melancarkan serangan selama 20 jam berhampiran kedutaan AS di Kabul, Afghanistan, minggu lalu.

“Terdapat bukti Haqqani mempunyai kaitan dengan kerajaan Pakistan dan ini perlu dihentikan,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai bukti didakwanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas amaran Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta, yang menegaskan Washington akan membalas dendam terhadap pemberontak berpusat di Pakistan selepas serangan ke atas kedutaan AS dan ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Kabul yang menyebabkan 15 orang terbunuh.

Kenyataan Munter itu dilihat sebagai tanda hubungan tegang kedua sekutu itu yang mula bertelagah sejak AS melancarkan serangan di Pakistan dan membunuh pemimp
in Al-Qaeda, Osama Laden pada Mei lalu tanpa pengetahuan atau kebenaran Islamabad.

- SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa