Lelaki Norway rancang bunuh kartunis
OSLO - Polis Norway menahan seorang lelaki yang didakwa sedang merancang untuk melancarkan serangan maut ke atas seorang pelukis kartun warga Denmark yang menghasilkan lukisan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.
Menurut akhbar Norway, kelmarin, suspek berumur 30-an itu ditahan, minggu lalu selepas badan risikan Norway mendapati kartunis Kurt Westergaard akan menjadi sasaran serangan itu yang melibatkan penggunaan senapang dan bahan letupan.
Westergaard awal minggu ini berkata, dia memendekkan tempoh lawatan ke Norway selepas dimaklumkan polis negara itu menerima khabar berhubung kemungkinan serangan ke atasnya.
Pelukis kartun berumur 76 tahun itu sebelum ini turut menerima banyak ancaman bunuh selepas melukis kartun biadap dan bersifat menghina Islam itu yang disiarkan dalam akhbar Denmark pada 2005.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa