Pada 6 Sept. 2011 saya bawa Along yang sakit ke rumah Dukun yang ubatkan saya tempoh hari di Kampung Pangkal Meleret, Machang.
Along menghidap pening dan sakit kepala di samping sakit di bahgian perut akibat ketumbuhan di dalam rahim yang membesar bersama janin.
Hal ketumbuhan /febroid, Doktor dah sahkan akan melakukan pembedahan apabila didapati Janin matang nanti.
Yang nak cuba berubat ini adalah penyakit sakit kepala dan pening kerana bagi saya pelik juga kerana sekarang dah masuk lima bulan kandungan. Tak lojik masih 'mabuk' berpanjangan.
Inilah rumah Dukun itu. Namanya kami diperkenalkan dengan nama 'Pak Su'.
Rumahnya agak daif tapi bagi saya mendamaikan.
Pak Su berasal dari Thailand. Bekas Pejuang Kemerdekaan Patani
Ini Along dan Mamanya serta Suaminya
Pak Su di buru oleh kerajaan Thai dan menyelamatkan diri di bumi Kelantan.
Alhamdullilah selepas berubat dan berlimau dengan Pak Su penyakit pening dan sakit kepala beransur hilang.
Sakit di bahagian perut juga sudah agak ringan.
SALAM en.mountdweller..
ReplyDeletelagu mano nok g umah poksu
pangkal meleret ni?
Azmi G
ReplyDeleteW'salam. Azmi boleh call saya 0199391355 kita buat temu janji dengan Pok Su tu dan Insya Allah kita boleh pergi bersama sekiranya masa terluang.
Saya nak berikan peta/petunjuk pun susah juga sebab rumahnya agak di pendalaman dan saya pun tidak hafal petunjuk yang ada. Kalau pergi tu boleh. Tak kiralah malam atau siang.