Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 10, 2012

Aku Setuju Dan Tak Setuju

Yang ini aku belum boleh setuju. Kalau benar-benar Masitah insaf dan menyedari kesilapannya, seeloknya beliau menulis memohon maaf atau sekurang-kurangnya mengakui kesilapannya secara terbuka juga.


Seruan seorang kawan supaya beliau insaf di dalam N3 di bawah aku amat setuju dan sokong sebab aku sendiri pun mengagumi beliau satu ketika dulu. Beliau adalah seorang Pendakwah yang punya kaliber yang besar dan berpengaruh.


Apa pun beliau telah menjahannamkan reputasi dan maruah beliau semata-mata kerana politik dan nafsu duniawi.


Ustazah Mashitah Dah Insaf,
"Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam.

Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf.



Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012.

Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa;

  • Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.
  • Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang.
  • Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam.
Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!!



Ustazah Masyitah Berubahlah Hang!!! Insaflah...

Aku sangat mengenali Puan Masyitah ibrahim kerana dia sahabat baik isteri aku di Maktab Mahmud alor setar dahulu. Selepas itu dia sama-sama denga isteri aku melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.Isteri aku sering menceritakan perihal Ustazah Masyitah nie kerana sangat rapat dengan beliau. Dahulu dia bukan seperti sekarang.Semenjak dia banyak keluar di muka tv banyak perubahan yang berlaku dari segi ketarmpilan, perangai dan lain-lain Aku tak mahu menceritakan perihal masyitah nie, SK@SIASAHKINI

Tulisan YB Dr Mashitah di bawah ,amat menyentuh perasaan umat Islam Malaysia. Menuduh Tuan Guru Haji Hadi mempunyai skandal ,satu fitnah. Dan Ingatah YB Dr Mashitah,jangan jadi seperti mulut jamban seperti kata budak sekolah.Nampak saja cantik , tetapi hati tuhan sahaja yang tau.

Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa