Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 22, 2012

Cerita Yazid Tentang Dunia Terkurung

Malam tanpa bintang buat Yazid Sufaat
WAWANCARA Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat berkata, kadang kala beliau hanya ingin melihat bintang bersinar di malam resahnya ketika berada dalam tahanan di Kamunting.


NONEDalam tempoh tujuh tahun itu, beliau diasingkan daripada tahanan lain selama lima tahun, kata Yazid dalam satu wawancara denganMalaysiakini minggu lalu.


"Tujuh tahun itu telah banyak mengajar saya. Saya memahami kehidupan dengan lebih baik, saya menghargai apa nikmat yang Allah bagi.


"Satu hari di penjara itu, saya nak tengok apa? Bintang berkelip-kelip. Tiga tahun tak tengok, daripada sel saya, tak boleh nampak.


"Bila nampak bintang berkelip, itu satu nikmat. Kadang kala kita tidak menghargai kehidupan," katanya yang berdoa supaya dapat melihat pemandangan itu.


NONESetelah mengharungi segala keperitan hidup semasa di dalam tahanan dan dibebaskan tiga tahun lalu, Yazid bagaimanapun masih sangsi dengan usaha kerajaan untuk memansuhkan akta itu.


"Jika ia berfungsi dengan baik kepada mereka (kerajaan) kenapa mereka hendak mansuhkan? Mungkin mereka akan tukar nama, tapi kandungan akta baru itu sama juga, mungkin lebih teruk," katanya lagi.


Walau telah dibebaskan, Yazid kini masih berada di bawah sekatanPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menghalang beliau daripada ke luar negara, memiliki aset dan juga berdagang senjata.


NONEBekas kapten tentera itu percaya, penahanan beliau ada kena mengena dengan "kepakarannya" dalam biokimia.


Dalam wawancara hampir dua jam itu, Yazid tidak teragak-agak untuk menyatakan mengenai pertemuannya dengan pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden, rakan-rakannya di Afghanistan dan juga ikatan "ukhuwah" di antara mereka.


Namun, apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam program berkaitan biokimia semasa perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia, mulutnya terkunci rapat.

1 comment:

  1. salam Pak Din,
    memanglah mulut dio tertutup rapat..masa cop jari sepuluh tu..dah angkat sumpah..
    org perjuangan kena faham dan amalkan..dak gitu Pak Din?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa