Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 20, 2012

Memang Dah Agak. Tak Payahlah Menyalak!

K'jaan tolak tubuh tribunal bagi siasat Gani, Musa
Kerajaan menolak desakan bagi menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menyalahgunakan kuasa mereka ‘menganiaya’ beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

NONE"Tidak. Saya telah menjawab di Parlimen lama dulu mengenai perkara ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam jawapan ringkasnya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk  Johari Baharom mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Uncle...

    Apa khabar Uncle dan family? T doakan semuanya sihat belaka ye? Kami sekeluarga sihat walafiat.

    Terima kasih sudi singgah baca blog T. Tahniah buat Along juga. Uncle dah bergelar seorang Datuk pun iye? Macammana perasaan bergelar Datuk? Bahagiakan?

    Kirim salam buat Aunty.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa