Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 19, 2012

Bila Sijahil Menuduh Orang Lain Sesat

Inilah masalahnya bila kurang pengetahuan agama. 
Bukankah seruan Rasulallah kepada setiap muslim sejati untuk mempertahankan Agama Allah dan kesucian Rasulnya?
Itulah yang dimaksudkan 'jemputan' Nabi wahai baghal!
Sama baghalnya dengan gambar di bawah.

BUKTI PAS MAKIN SESAT! TANTAWI KATA NABI SURUH DIA TURUN BERDEMO JUMAAT INI!


Bila aku panggil parti iblis dan syaitan ahlul PAS yang bebal marah, tapi korang tengok la sendiri macamana perangai Ketua Pemuda PAS ni, ada ke patut dia gunakan nama Nabi hanya semata-mata nak membuktikan bahwa mereka yang ajak berdemo dulu dan bukan Pemuda UMNO. Adeh sengal betul la PAS ni:

Meh kita baca petikan Antara Pos dibawah:

SHAH ALAM: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan keputusan sayap parti itu untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini, serentak dengan yang dirancang oleh Pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, beliau tidak melihat wujud perkara yang boleh dipolemikkan dan menegaskan ia tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan ianya melibatkan penghinaan kepada umat Islam.

Katanya lagi, isu sama ada Pemuda PAS dijemput oleh Pemuda Umno juga tidak wujud memandangkan pihaknya lebih awal membuat pengumuman untuk berdemo iaitu sebelum jemputan diterima.

“Kami telah umumkan kepada media program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So (Jadi) apa polemiknya ?

“Tiba-tiba Isnin lepas (17 Sept) saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.

“Kalau 17 September baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah sebab kami dah setup (membuat perancangan) segalanya lebih awal,” katanya.

Aku makin lama makin meluat dengan perangai PAS ni, cara politiking mereka semakin low class. Mereka ni asal boleh je nak guna apa saja cara untuk mencari glamer, Nabi pun mereka tak lepas. Wahai ahlul PAS tinggalka part yang mengamalkan cara jalan syaitan dan kembali ke pangkal jalan!  - dari sini

2 comments:

  1. Salam Uncle;

    Standard la tu... malaun tu bukannya paham apa pun dgn bahasa kiasan tuuuu... sebab terlebih togok beer.. hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Anakanda Isa

    Entah dia buat N3 masa tengah khayal akibat kencing setan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa