Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 27, 2012

Cantiiikkk! Tunggu Laporan Polis...

Tak disiasat, mana nak dapat bukti
Agaknya tunggu bukti merangkak ke pangkuan?

Kalau Pemimpin Pembangkang, takyah tunggu laporan
Termasuk tungku dan dapur diangkut sekali!
Tiada Siasatan Dakwaan Musa Hasan Terlibat Komplot Kongsi Gelap
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berhubung dakwaan mempunyai hubungan dengan ketua kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak penubuhan inkuiri bagi menyiasat dakwaan berkenaan pada Mac lalu kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.
"Untuk maklumat Dewan, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Ramli Yusuff ini merujuk kepada skandal Copgate.
"Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Datuk Ramli berkenaan hubungan Tan Sri Musa dengan Goh Cheng Poh dan BK Tan.
"Oleh yang demikian tiada apa-apa siasatan dijalankan oleh pihak polis berkenaan perkara ini," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui tindakan kerajaan mengenai dakwaan yang dibuat Ramli.
Selain itu Mohamed Nazri turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut tidak menjalan siasatan mengenainya kerana tiada sebarang aduan diterima.
"Walaubagaimanapun jika terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa