Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 29, 2012

Gula-Gula Yang Manisnya Sekejap

Update Terakhir tentang  Bajet 2013 dari blog ini.
Memang ramai yang suka... he..hee... saya pun suka!
Tapi bagaimana dengan pertmbahan hutang negara?
Akhirnya beban rakyat juga kan?

Woiii.... Abe Jib pakai baju hijau la weehh....


Najib beri BR1M pusingan kedua, ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda
September 28, 2012


Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen hari ini
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai  dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:

— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang

— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)

— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal

— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera

— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun

— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik

— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah

— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

— “Skim Rumah Pertama Saya” had pendapatan bagi pinjaman individu meningkat dari RM3, 000 hingga RM5, 000 sebulan, dan sehingga RM10, 000 bagi pinjaman bersama pasangan berkahwin.

— Had bagi pengecualian duti setem bagi rumah dinaikkan daripada RM350, 000 hingga RM400, 000. Pengecualian ini juga diperluaskan sehingga Disember 2014.

— Cukai keuntungan hartanah meningkat daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembelian, dan daripada 5 peratus hingga 10 peratus bagi hartanah yang dijual antara dua dan lima tahun.

— Nilai Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar meningkat daripada RM200 kepada RM250.

— Pelepasan cukai untuk pendidikan tinggi meningkat daripada RM4, 000 kepada RM6, 000.
Pelepasan cukai dua kali ganda bagi Skim Simpanan Pendidikan Negara, daripada 
RM3, 000 kepada RM6, 000.

— Dua puluh peratus diskaun ke atas pembayaran penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 1 Oktober 2012 dan 30 September, 2013.

— Sepuluh peratus diskaun ke atas ansuran pembayaran balik tetap pinjaman PTPTN.

— FELDA akan membina 20,000 unit perumahan bernilai RM1.5 bilion di 5,000 ekar tanah FELDA. - sumber

2 comments:

  1. Dulu ada lagu... 'Kopi susu, kurang manis tambah gula'.... bajet kali ni pun nampaknya akan tetap kurang manis sebab harga gula telah naik... jangan sebab tak manis... maka ditambah dengan air mata sudah... nanti masin pulak sedangkan harga garam tak naik.

    ReplyDelete
  2. Najib bagi pada rakyat gula-gula PRU13 tapi dia lupa ,dia ambil balik satu gula dengan menaikkan harganya, kenapa dipilih harga gula yang majoritinya keperluan harian rakyat terbanyak,adakah kegunaan harian gula untuk sesuatu keluarga ketahap 1kilo/hari telah menyebabkan rakyat berpenyakit diabetes? Adakah kita sedar jika harga gula naik pembuatan lain yang melibatkan gula akan juga turut naik, lainlah kalau penjual teh tarik bertanya dulu nak gula atau tidak kemudian harga teh dibyar dengan harga tanpa gula .Bolehkah kerajaan berbauat demikian.Kita telah merdeka 50 tahun lebih kenapa fikiran penasihat-penasihat ekonomi negar tidak ambil iktibar dari kejadian-kejadian terdahulu. Fikirlah impiukasi dari kenaikkan ini

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa