Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 20, 2012

Kerana Inikah Yang Dimaksudkan Taib Negara Akan Rugi Besar Sekiranya BN Kalah?

Adakah kemungkinan dia akan hilang segala-galanya? 
Bahkan mungkin 'ke dalam'?


Kajian perincikan kekayaan AS$21 bilion empayar Taib

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.- mk

2 comments:

  1. TAHNIAH untuk org Sarawak. Berbanggalah kamu kerana anak Sarawak paling kaya di Malaysia :)

    ReplyDelete
  2. merbok

    Rakyat Sarawak akan membiarkan dia berkuasa seumur hidup supaya rakyat Sarawak boleh berterusan mensedekahkan segala khazanah Sarawak kepadanya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa