Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 24, 2012

Ooiii....Meh Tengok Ni, Nuar Dah Punya Jet Peribadilah...

Nuar ni memang dah lebih ni....membazir betullah.... !
Ni mesti lebih mahal dari Cincin berlian dan Jam Kak Mah!

 Isnin September 24, 2012
Gempar Gambar Pemimpin PR Dalam Jet Peribadi Tersebar Di Internet
Gambar Anwar bersama Seng Giaw dalam sebuah jet persendirian
PETALING JAYA: Gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam sebuah jet peribadi menjadi satu isu yang gempar di internet.
Ketika beberapa blogger dan pemimpin Barisan Nasional mengkritik ‘gaya pengembaraan’ mereka, Anwar dan rakan-rakannya menegaskan bahawa tindakan menaiki jet peribadi itu bagi memudahkan perjalanan mereka ke Sarawak dan Sabah.
Gambar tersebut pada mulanya di muat naik di laman Twitter, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu dan di turut muat naik di beberapa laman blog selepas itu.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.
“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmata tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.”
Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,: “Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”
Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang raka? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”
Tian Chua berkata mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

2 comments:

  1. pemimpin kerajaan guna kan duit rakyat sebab itu rakyat mempersoalkan keborosan. kalau pakai duit sendiri lantak lu lah. nak ke bulan pon rakyat tak marah.

    ReplyDelete
  2. fidel castro

    Kata-kata saudara betul. Lantaklah nak pakai banyak mana pun kalau duit sendiri

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa