Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 27, 2012

Kenapa Semuanya Menjadikan Diri 'Bangsat'?

Suaram: SKM macam nak cari salah

Suara Rakyat Malaysia (Suram) mendakwa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja mencari kesalahan mereka walaupun tidak menemuinya.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1"Ia seperti cari salah - mencari kesalahan untuk membina kes dan memfailkan pendakwaan terhadap kami walaupun tidak menjumpai sebarang kesalahan dalam operasi kami.

"Kami telah lakukan semuanya menurut Akta Syarikat. Akaun kami dikemas kini... jadi ini benar-benar untuk mencari salah dan jelas bermotifkan politik," kata setiausaha kumpulan hak asasi manusia itu Cynthia Gabriel.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas bekas pengurus akaun Suaram Leong Mee Nan disiasat oleh SKM kira-kira tiga jam semalam.

Peguam korporat yang menemani mereka memberikan khidmat secara pro-bono, kata Cynthia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa