Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 25, 2013

Kesal Sungguh, Malaysia Banyak Dihuni Oleh Syaitan Dan Iblis

Tak boleh nak bayangkan
Bagaimanalah hati perut sebagai makhluk yang berupa manusia ini (kalau ini adalah perbuatan manusia) 
Makhluk pengecut begini hanya sanggup bunuh, seksa ,buli hanya kanak-kanak dan buang bayi yang tak berdaya yang belum pun mengenal dosa!


Ibu bapa William kenalpasti mayat kanak-kanak dijumpai anak mereka
January 25, 2013

PETALING JAYA, 25 Jan — Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, 6, mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang semalam adalah anak mereka yang dilapor hilang 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat kanak-kanak itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman oleh pasangan itu yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.

“Ibu bapa William turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.

“Dan berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mayat kanak-kanak yang dijumpai pada 6.30 petang semalam 75 peratus mirip William,” kata Yahaya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini mendapati kanak-kanak yang dijumpai itu telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas, namun punca sebenar kematian belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang reput dan banyak organ dalaman yang rosak.

Beliau berkata pengesahan sama ada mayat kanak-kanak yang dijumpai itu adalah William akan diketahui selepas keputusan ujian DNA dikeluarkan dalam tempoh 72 jam.

Petang semalam, mayat seorang kanak-kanak berpakaian lengkap dijumpai tersangkut di jeti Kampung Sungai Sireh oleh seorang lelaki, sebelum dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Yahaya berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti suspek terlibat dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami belum ada maklumat konkrit lagi, cuma kami sudah merakam keterangan beberapa orang yang kami panggil untuk membantu siasatan,” katanya. - sumber

2 comments:

  1. pengajaran untuk yang mau ambil pelajaran dari peristiwa ini jangan suka tinggal anak dalam kenderaan tak jadi tak pa kalau jadi menyesal tak sudah.

    ReplyDelete
  2. Anon 10:00PM

    Betul kita sebagai ibubapa selalu leka dan alpa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa