Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 21, 2013

Lagi Kisah Bawani Dan Belit Minah Kangkong...

Bawani: Saya berani kerana benar
Abdul Rahim Sabri
  • 11:36AM Jan 21 2013
Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani berkata ibunya kini bimbang dengan keselamatan dirinya selepas video konfrontrasi beliau dengan Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendapat perhatian luas.

Bawani, 27, berkata beliau bagaimanapun memberitahu ibunya supaya tidak bimbang kerana beliau mendapat sokongan ramai.

NONE"Sebenarnya, saya rasa mak saya paling takut. Mak saya beritahu, 'berhati-hati tau, jangan-jangan ada orang nak tembak awak'. Dia takut. Dia ada beritahu (kepada saya).

"Selepas hari kedua, bila (video itu) dah meletup, (ibu kata) saya takut ni, (kalau) ada orang tembak kamu. Saya beritahu, saya rasa saya tak buat apa-apa salah, jadi saya tak perlu takut.

"Dan ramai sedang bersama saya untuk memperjuangkan apa yang benar," katanya aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Katanya, sekiranya perkara tidak diingini benar-benar berlaku ke atasnya, beliau hanya akan menghadapinya dengan senyuman kerana percaya bahawa beliau bertindak dengan betul "demi menegakkan keadilan".

Bawani menganggap dirinya sebagai orang biasa dan bukannya hero walaupun video berkenaan mendapat perhatian meluas.

Dengan merendah diri, beliau berkata ramai lagi individu lain dengan perjuangan yang berlipat kali ganda lebih besar daripadanya.

NONE"Saya bukan hero. Saya menyuarakan pandangan saya, dan jangan pandang saya di langit. Saya mahu bersama rakyat di bawah. Saya tak takut, saya tak buat salah. (Saya) berani kerana benar," tegasnya.

Menceritakan mengenai latarbelakangnya, Bawani berkata beliau terlibat dengan aktivisme dalam kemasyarakatan sewaktu menuntut dalam jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005 hingga 2008.

Katanya, sewaktu berada di unverisiti, beliau aktif menyertai program kemasyarakatan seperti bertemu dengan penduduk ladang dan kampung serta peneroka bandar.

"Saya memutuskan untuk membantu orang, jadi saya belajar psikologi dahulu untuk mengetahui dan mendalami perasaan dan tindak tanduk manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah mereka," katanya.

Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya.

Tak minat jadi calon

Menurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan.

NONEDitanya sama ada beliau berminat secara langsung dalam politik atau menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, Bawani berkata beliau belum menjadi ahli PSM dan tidak berminat menjadi calon pilihan raya akan datang.

"Saya rasa saya tidak ada apa-apa rancangan untuk bertanding, tapi saya akan meneruskan perjuangan saya. (Biar) masa depan akan menetukan segala-galanya.

"Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi.

Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda.

"Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005.

Katanya, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.

Sahlah dia ni keturunan Mahathir

Sharifah: Video diolah demi sokongan pada pembangkang
10:24AM Jan 21 2013

Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendakwa video yang memaparkan pertembungannya dengan aktivis KS Bawani dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia diolah untuk mendapatkan sokongan emosi kepada parti pembangkang.

"Taktik licik ini berjaya membiakkan tindakan yang amat kejam – mengutuk, membenci, sungguh kejam dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah.

"Maka mereka gagal melihat bahawa isu berkenaan hanyalah masalah komunikasi di antara dua pihak (wanita muda di dalam video tersebut dan juga saya)," katanya dalam video tersebut.

Sharifah dalam kenyataan berbahasa Inggeris itu seterusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
Beliau antara lainnya memberi alasan, "Fenomena listen" itu sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau juga meminta maaf kerana video berkenaan menyebabkan rakyat Malaysia marah dan menyerang beliau secara peribadi.

Beliau juga memohon maaf kepada para pelajar di Malaysia yang didakwanya dimanipulasi dalam isu tersebut. - mk

3 comments:

  1. Buktikan anda minta maaf secara ikhlas kepada semua rakyat malaysia kerana berperangai hodoh, sombong, bongkak dan takabur. Jahanam Jabeen.

    ReplyDelete
  2. Awak ingat awak hebat sangat berperangai sombong, angkuh dan bongkak.Awak fikir Bawani tu budak mentah, sekarang cuba baca penerangannya. Selain dari perawakan dan sikapnya yang terpuji, dia adalah graduan psikologi dan aktif dalam kemasyarakatan.Compared to Bawani, you are nowhere but uneducated spoiled brat.

    ReplyDelete
  3. well done ma'am. nothing to be sorry. be cruel to be fair.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa