Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 12, 2015

Beginikah pandangan UMNO terhadap PAS?

Kerjasama dengan PAS tidak beri manfaat kepada UMNO - Nazri
Kerjasama dengan PAS tidak beri manfaat kepada UMNO - Nazri
NAZRI: Jika kerjasama dua parti itu diadakan ia akan menyebabkan beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang utama milik UMNO perlu diserahkan kepada PAS. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Sebarang usaha ke arah kerjasama antara UMNO dan PAS buat masa ini tidak akan memberi manfaat kepada parti terbesar orang Melayu itu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Dalam satu temubual bersama portal The Malay Mail Online, Nazri berkata jika kerjasama dua parti itu diadakan ia akan menyebabkan beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang utama milik UMNO perlu diserahkan kepada PAS.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menyeru agar UMNO tidak menjalinkan apa-apa bentuk kerjasama politik dengan PAS sehingga sekurang-kurangnya selepas pilihanraya umum akan datang biarpun parti Islam itu tidak lagi bergabung dengan parti-parti pembangkang lain.

"Mereka akan menimbulkan masalah dalam parti saya (UMNO). Asas pengundi mereka adalah sama seperti kita.

"Jika mereka menyertai kami sekarang, kami terpaksa berkongsi beberapa kerusi. Kita bertanding kerusi yang sama," Nazri dipetik sebagai berkata.

"Katakan PAS mahu kerusi Parlimen Padang Rengas, jadi jika UMNO serahkan kepada PAS, bagaimana saya rasa? Ini akan menyebabkan kebencian dalam UMNO," katanya lagi.

Nazri menggesa pemimpin UMNO supaya mengabaikan seruan ke arah perpaduan UMNO dan PAS dengan alasan ia akan menjejaskan peluang UMNO untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Selepas hubungan PAS dan DAP bermasalah hingga membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat, ada pihak yang berpendapat, parti Islam itu perlu bekerjasama dengan UMNO.

Namun, PAS menerusi kenyataan beberapa pemimpinnya menegaskan tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya mahu bersendiri.
Isu hudud merupakan punca utama yang membawa kepada berakhirnya kerjasama politik antara DAP dan Pas.

Keretakan hubungan dua parti itu juga menyebabkan kerjasama antara parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat yang dimulakan pada 2008 diumumkan berakhir pada Jun lalu oleh DAP.

3 comments:

  1. kalau lombu lombu jugak tak perlu lagak macam rimau
    pas terus perjuanagan asal biar orang Islam ada yang tak suka n kpair pun tak suka jangan dipedulikan
    sertiap kali raya takbir kami ibadat ikhlas kerana Allah walau kapir munafik benci tapi abeh takbir perangai macam kpair benci hukum Allah

    hidup tak peduli ajaran ugama legi terok dari natang ternak
    latahzan innallaha maana

    ReplyDelete
  2. Ini semua common sense saja

    Tiada sesiapa bangga ber sekongkol dengan kumpulan orang orang GAGAL dan BER HARAP

    PAS pon tiada nilai ekonomi tiada duit tuk bayar DEPOSIT pencalonan dalam PRU14 kelak

    Agak sukar tuk maju jika tidak ber pijak di alam realiti permainan politik negara

    ReplyDelete
  3. Khinzir 12:03

    Bodoh betul binatang haram sekor ni. Siapa yang benci hukum Allah? Kalau kamu menganut agama PAS dan nabi melayunya Hadi Awang, cerita apa pun tak berguna.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa