PAS tak akan sertai pakatan pembangkang baharu, kata Hadi
Published: 10 September 2015 8:27 AM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu kerana pembentukannya tidak jelas dalam mendaulatkan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.
Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.
“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.
Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.
“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.
Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.
Bagaimanapun, Azmin yang juga menteri besar Selangor jelas masih menganggap PR masih wujud dan mahu PAS terus kekal dalam pentadbiran Selangor.
Parti Amanah Negara (Amanah), parti pembangkang bercirikan Islam yang baru ditubuhkan sebagai alternatif untuk rakyat pula berkata, pemimpin mereka sepakat menerima PAS dalam gabungan baharu tetapi parti Islam itu sendiri yang nampaknya mahu bersendirian.
Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata, sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, Amanah terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS.
Tetapi, kata ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad, dilihat daripada pendirian Hadi, terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian.
Bagaimanapun, sebelum ini, ahli parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah, Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Pada Selasa lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bermesyuarat dengan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu bagi membincangkan secara terperinci hala tuju gabungan baharu pembangkang.
Dr Wan Azizah dilaporkan mengalu-alukan Amanah sebagai parti pembangkang baharu dan dipercayai akan bertemu pemimpin DAP dan PAS untuk membincangkan inisiatif Pakatan Rakyat 2.0. – 10 September, 2015. - sumber
Den dah muak lah dengan kluk klek PAS terutamanya Tuan Presideng ni. Cakap je lah terus terang tak terliur nak duduk dalam PR2.0...habis cerita...The End. Ni masih lagi cakap tak jelas, belum muktamad, tunggu dan lihat, gohead dan gostand. Apa yang jelas, jika PAS secara keras ishtihar keluar dari PR maka pimpinan PAS tahu PAS akan bungkus dalam PRU akan datang. Ahli2 PAS yang semakin kritikal dengan pimpinan baru yang tak dilihat sebagai berkeupayaan akan beralih arah manakala pengundi PR sudh tentu tidak lagi mengundi PAS (melihatkan tindak tanduk Tuang Presideng yang mesra Najib dan mesra UMNO).
ReplyDeleteApa-apa pun, sikap berdalih dan tak memberikan kata putus oleh PAS ini hanyalah strategi budak2 kecik bila bergaduh kat padang permainan. PAS berharap dengan sikap acuh tak acuh ni (untuk berpatah arang dgn PR) boleh juga mengumpan simpati para pengundi melayu dalam PRU seraya berupaya memecahkan undi PR. Manakala bagi ahli2 PAS yang terasa mual dengan pimpinan yang ibarat "tong kosong" Tuang Presideng berharap "permainan tarik tali" ni boleh membuatkan ahli2 tidak dapat membuat keputusan yang jitu lantas terpaksa juga kekal pengundi calon2 PAS.
Strategi ini juga dipakai masa BERSIH 4 bilamana Presideng melarang ahli2 PAS turut serta dan berharap bahawa orang2 melayu yang bukan ahli PAS juga turut mendengar kata2nya tetapi apabila melihatkan bahawa kata2 Tuang Presideng langsung tak diendahkan oleh anak2 muda barulah ketua penerangan terhegeh2 berbohong bahawa PAS tak pernah melarang ahlinya hadir BERSIH supaya dengan pembohongan itu dapatlah menutup kelakuan PAS yang sudah terpisah dari gerakan rakyat.
Apa yang jelas, rakyat sudah melihat rupa sebenar PAS yang bukan lagi berjuang untuk rakyat sebaliknya mempergunakan rakyat demi kepentingan mereka dan kepentingan "ketuanan melayu/islam" kononnya. Sikap dolak dalik serta putar belit PAS ini tak akan dapat memperdayakan rakyat, sebaliknya ia hanya akan merimaskan dan mengecewakan ramai ahli2 PAS sendiri yang sudah jelak dengan usaha penyatuan PAS/UMNO.
Sudah sampai masanya untuk rakyat meninggalkan parti2 yang sibuk menjaga kepentingan mereka sendiri baik parti itu berlabel islam, melayu, demokratik atau keadilan. Rakyat sekarang memerlukan parti pembangkang yang faham kehendak rakyat iaitu menumbangkan UMNO dan BN. Cerita2 ketuanan melayu kembar kepada ketuanan Islam tu sudah menjadi "nasi basi" dan "nasi basi" hanya sesuai untuk ayam dan itik bukan menjadi hidangan kepada rakyat yang telah lama sengsara dibawah melayu2 perompak, lanun dan pencuri! PAS nak duduk sensorang kat hutan? Kecik tapak tangan, stadium bukit jalil kami tadahkan.
Nick.
Cape Tiger.
PAS akan tukar Presiden nya bila Sedar Dari Mabok Laut... PKR hanya bagi muka saja agar tiada dengki tahap Gila berlaku kerana PKR sedar PAS punya Gila sangat merugi kan Negara
ReplyDeleteSi IKANG akan di pupus kan sebelum PRU14 2018 lagi kerana ahli ahli PAS bukan BODOH 100%....
Mungkin masa itu PAS dengan sendiri sudah pupus akibat tiada punca kewangan dan tiada ahli ahli aktif.
Tiada siapa nak ber sekongkol dengan Orang Orang BODOH GAGAL pon... Itu Fakta!!!!
Kan semua Rakyat sudah tahu Bahalol Nya PAS dan Pemimpin nya.
Ini taktik politikal PKR dan Anwar Ibrahim bukan budak lagi.
Tunggu dan Lihat saja.
Tidak mustahil si IKANG AL TOLOL pon sudah di Magik macam Mat Mongol aka Mat Bahalol.