Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 20, 2015

Ali Tinju ni memang beronarlah!

Hahaa........ada betulnya kalau Senator tak berfungsi!

Senator veteran ATM makan ‘gaji buta’ – Ali Tinju

 | December 20, 2015
Ali Tinju menasihati Tan Sri Anwar agar berehat jaga cucu kerana gagal membela nasib bekas tentera.
ali-tinju
PETALING JAYA: Ali Baharom menyelar Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang memberi amaran akan mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya jika terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan.
Anwar merujuk kepada kenyataan berbaur perkauman terhadap peniaga Cina di Kota Raya yang dibuat oleh Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju baru-baru ini.
Ali berkata Anwar tidak berhak untuk menghukumnya, lebih-lebih lagi apabila beliau gagal menjalankan tugas sebagai senator untuk membela nasib pesara tentera yang terbeban dengan kos sara hidup masa kini.
“Siapa dia (Anwar) nak hukum saya? Dia pengerusi, saya presiden, jaga rumah masing-masing.
“Dia tak buat kerja, kalau dia tak ikut arahan Perdana Menteri (sebagai senator) supaya turun padang, lawat bekas tentera buat aktiviti untuk akar umbi, bermakna dia gagal dan saya anggap dia makan gaji buta,” katanya kepada FMT.
Tambahnya, Pengerusi PVATM itu juga telah gagal membela nasib balu-balu tentera.
Oleh itu, Ali Tinju menyarankan Anwar supaya meletak jawatan sebagai senator supaya boleh tempatnya boleh diisi individu yang berani bersuara untuk pesara tentera.
“Sehingga hari ini beliau tidak pernah bangun berucap di Parlimen (sebagai senator) untuk mengubah nasib bekas tentera dan bekas tentera.
“Saya juga cadangkan supaya Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan supaya hentikan segera jawatan yang dia ada. Lebih baik dia jaga cucu,” katanya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa