Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 20, 2015

Baru berapa hari di kerusi tu, dah macam-macam isu timbul

Apandi: Jangan salahkan saya
Lu Wei Hoong - 

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menolak dakwaan MCA bahawa dia perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan Mohamad Ali Baharom mengadakan protes di komleks Kota Raya semalam.
Kata Mohamad Apandi, kenyataan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun tidak adil kerana rakaman video mengenai perlakuan Mohamad Ali di Plaza Low Yat tidak memadai untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
"Apabila saya minta kalau ada sesiapa mempunyai bukti lain (mengenai insiden itu) mereka menunjukkan saya video sama," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Kelmarin Chew mendakwa Mohamad Apandi tidak menakwa Mohamad Ali - atau Ali Tinju - walaupun membuat kenyataan menghasut di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Kata Chew, Mohamad Ali sekali lagi mengadakan protes berbaur perkauman di luar kompleks Kota Raya kerana Mohamad Apandi menggugurkan semua tuduhan hasutan terhadapnya.
Mohamad Apandi berkata, tanpa bukti mencukupi beliau tidak boleh dipersalahkan.

1 comment:

  1. Bank negara punya dakwaan siasatan pun AG tolak...apa ke bende!!

    Terlalu bias la AG yg ada ni. Macamana nak tegakkan keadilan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa