Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 17, 2015

Hanya Melayu pikul Islam?: Nujum Pak Belalang bertenung lagi........

‘Kecundang Melayu, kecundanglah Islam’ – Harussani

 | December 17, 2015
"Kalau kita berpecah, barangkali kita hanya ada masa dua tahun lagi, lepas itu kita akan kecundang," kata mufti Perak itu.
Harussani-Zakaria_melayu_malaysia_600
KUALA LUMPUR: Orang Melayu akan ‘kecundang’ dalam masa dua tahun lagi jika pemimpinnya terus berpecah-belah seperti sekarang, kata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau memberikan ‘amaran’ itu ketika ditemui wartawan selepas program ‘Perpaduan ummah dari perspektif ulamak’ di Hotel Grand Season pada Khamis.
“Kalau kita berpecah, barangkali kita hanya ada masa dua tahun lagi, lepas itu kita akan kecundang.
“(Justeru) kena kerjasama khususnya dalam mempertahankan kedudukan orang Melayu dalam negara ini,” katanya lagi.
Harussani berkata, kedudukan Melayu juga perlu dipertahankan kerana ia akan mempengaruhi kedudukan Islam di Malaysia.
“Ketuanan orang Melayu di Malaysia ini mesti dipertahankan, kerana disitulah duduknya kekuatan Islam.
“Kalau kecundang Melayu, kecundanglah Islam,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan yang pertemuan antaranya dengan pemimpin Pas dan UMNO – dua parti terbesar orang Melayu – menunjukkan usaha ke arah itu.
“Ada tanda ke arah bersatu, walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti.
“Mereka boleh bekerjasama dari segi dasar. Misalnya walaupun BN adalah kerajaan, parti satu lagi (merujuk Pas) perlu sokong jika melibatkan kepentingan.
Forum tersebut merupakan sebahagian daripada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang bermula semalam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan ucaptama manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan program ini.

6 comments:

  1. pertahan nama Islam hukum hukum nya tidak dilaksanakan
    apa punya sial la puak ni
    cakap kulit isi tak mau sentuh
    kalau tak bersama omno melayu lain macam biasa jugak
    omno takut hilang kuasa nanti banyak nak dibicara

    ReplyDelete
  2. Jika benarlah bagai dikata, sudah tentulah dalam akaun bank peribadi ulama tersohor Marang itu telah disumbatkan dengan wang berbilion-bilion ringgit hasil derma dari pelbagai tokoh islam antarabangsa, terutamanya dari timur tengah selama ini. Mungkin juga, salah satu penderma itu telah dinasihatkan oleh ulama tersohor marang untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

    ReplyDelete
  3. Salam..apa punya bangang punya staement,slamat mlayu slamatlah islam..mana tok peti ni blajar,brapa rmai melayu dh yg xamal syariat islam,yg mninggalkan islam..klau ada yg amal pun,sekerat2 ja..mcm la tok peti,bersuara hanya bila perlu,tu pun hanya ksalahan rakyat bwahan yg d tgur..tang pemimpin melayu/islam yg brkuasa xpula d tgur,wlaupun terang2 memzalimi rakyat,rasuah,korup,akta2 mrapu,hiburan bleluasa,arak judi maksiat yg smakin mnjadi barah dlm negara,cukai yg trang2 mnekan rakyat dn blablabla..yg ni tok peti xmau bsuara ka ataupun tkut dh xda income klau bsuara..kami rakyat marhaen ni bkannya xdak akal untuk mnilai,mata kami blum buta..dlm kjelekkan mlihat tok2 peti mmperdagangkan agama,ada plak individu yg dh buat tabiat nk p jd pnasihat,klau dia sorang2 xpa lg,nk d bwanya satu kapal mnjadi pnasihat..xsedar lg ka yg nk d nasihat tu dh tuli,dh xmkn nasihat,ataupun ada juga saham/income yg d janjikan..bergumbira lah kamu smentara msih ada kuasa,smentara masih sihat..kami ,marhaen d bwh ni memerhati stiap tndak tanduk kamu wahai pmimpin d atas..benarlah kata Rasullullah,d akhir zaman nnti rmai yg mncari keuntungan dunia dgn Mnjual Agama..smoga Allah swt mnunjukkan sgala kbenaran..kamu mrancang,tapi Allah swt sebaik2 prancang..wassalam..

    ReplyDelete
  4. Salam..apa punya bangang punya staement,slamat mlayu slamatlah islam..mana tok peti ni blajar,brapa rmai melayu dh yg xamal syariat islam,yg mninggalkan islam..klau ada yg amal pun,sekerat2 ja..mcm la tok peti,bersuara hanya bila perlu,tu pun hanya ksalahan rakyat bwahan yg d tgur..tang pemimpin melayu/islam yg brkuasa xpula d tgur,wlaupun terang2 memzalimi rakyat,rasuah,korup,akta2 mrapu,hiburan bleluasa,arak judi maksiat yg smakin mnjadi barah dlm negara,cukai yg trang2 mnekan rakyat dn blablabla..yg ni tok peti xmau bsuara ka ataupun tkut dh xda income klau bsuara..kami rakyat marhaen ni bkannya xdak akal untuk mnilai,mata kami blum buta..dlm kjelekkan mlihat tok2 peti mmperdagangkan agama,ada plak individu yg dh buat tabiat nk p jd pnasihat,klau dia sorang2 xpa lg,nk d bwanya satu kapal mnjadi pnasihat..xsedar lg ka yg nk d nasihat tu dh tuli,dh xmkn nasihat,ataupun ada juga saham/income yg d janjikan..bergumbira lah kamu smentara msih ada kuasa,smentara masih sihat..kami ,marhaen d bwh ni memerhati stiap tndak tanduk kamu wahai pmimpin d atas..benarlah kata Rasullullah,d akhir zaman nnti rmai yg mncari keuntungan dunia dgn Mnjual Agama..smoga Allah swt mnunjukkan sgala kbenaran..kamu mrancang,tapi Allah swt sebaik2 prancang..wassalam..

    ReplyDelete
  5. Macamana pulak "musang berjanggut" yang ada dalam cerita P Ramlee tu boleh menjelma kat dunia islam kat mesia ni? Tok Peti ni dari dulu, cakap2nya langsung takdak dalil mahupun nas Alquran dan bila guna nas2 Alquran serta hadis, semuanya lari dari context semata2 nak mengampu orang atas. But then again, apa kah yang kita harapkan dari ulamak lulusan Sekolah Tinggi Agama Kelang dan bekas ustaz yang duduk "mencuci otak" tahanan2 politik ISA ketika ditugaskan di "special branch"?

    Nak harapkan kuar fikiran2 bernas? Nak harapkan dia berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran macam Imam 4 mazhab? mampukah dia, bila pengajiannya hanya mengharapkan buku2 ilmiah dalam bahasa melayu je! Buku2 ilmiah dalam bahasa arab dan english langsung tak boleh baca apatah lagi nak faham! Apa yang kita boleh tengok, dia memang layak sebagai calon yang disumbatkan kedalam peti mempunyai labeli "spesis fauna ajaib Malaysia iaitu "goatee fox" atau dalam bahasa melayunya Musang berjanggut lebai".

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Tol peti sekor ni kalau dah otak di sadur tebal dengan politik, inilah jadinya dengan kenyataan yg putar belit, Tok peti mukin terbelakang kerana kalau tak ada melayu Islam itu pupus??,. Sedarlah Tok Peti Islam itu hak pengnutnya dari berbagai bangsa seluruh Dunia , di Malaysia sendiri kenapa lah Tok Peti tak mau perjuangakan intipati dalaman Islam dalam penguatkuasan Undang2 syariatnya??,..apakah Tok Peti masih Tidur lina dengan beralasan tilam yg empuk??,..perlukah dibiar dan dilihat saja perihal pekara yg munkar berluasa yg dilarang Islam itu sendiri??,..seperti perjudian, Arak, Pelacuran, Rasuah, Menyamun, Pemimpin yg tidak amanah, Penindasan kepada Rakyat dan banyak lagi,..kalau dikatakan Islam itu akan hancur ia datangnya dari Tok Peti sendiri kerana sekadar makan gaji Dan tidak Amanah kepada tugas dan Negara, jangan kenekan Islam itu hanya disebut dengan senang hati akan tetapi tenaga yg memperkuatkan pembangunan Islam tidak diambil Kira malah di pandang sepi,.munkin Tok Peti boleh meletakkan jawatan dan beraktiflah di Arena politik serta boleh lah Tok Peti mengeluarkan berbagai kenyataan yg mengelirukan ,.....,,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa