Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 19, 2015

Kah..kah...Nik beduh berauta lagi........

Kerjasama Umno-PAS: Perlumbaan dan persaingan sihat secara terbuka, kata Nik Abduh
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik AzizAhli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik AzizKerjasama Umno- PAS bukan satu titik temu antara dua yang bertarung, tetapi sebuah perlumbaan dan persaingan yang lebih sihat dan terbuka, kata, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz.
Justeru beliau berkata, semua jentera PAS mestilah segera dengan amal yang berterusan dan jihad yang besar demi memenuhi harapan negara untuk melihat umat Islam yang semakin berpegang teguh pada tali Allah
Mereka di minta untuk bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam membangunkan negara.
"Semoga PAS semakin mendekati al Quran dan Sunnah nabi-NYA. Semakin dekat, semakin menyinsing fajar kemenangan Islam," ujarnya sebagaimana dipetik daripada facebooknya hari ini.
Malah Ketua Pemuda Pas itu juga cuba menyatakan mengenai keikhlasan kedua-dua  parti dalam kesungguhan mereka untuk menjaga kepentingan agama dan rakyat.
Dalam nama puitis beliau menulis:"Kerjasama masih di mulut. Langkahnya keikhlasan, kesungguhan dan keberanian bertindak untuk kepentingan agama dan rakyat.
"Politik menaburkan janji. Seperti bunga-bunga yang memutikkan buah.Semuanya indah. Tetapi yang meranum takkan sebanyak yang berguguran.
"Semua berhak berlumba mengota janji. Keikhlasan hukumannya tertangguh sehinggalah pembohongan terserlah di sebalik tanaman tebu di bibir mulut.
"PAS dan UMNO, pada angin janji mereka, masing-masing akan dihukum oleh rakyat pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian mereka." ujarnya.
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, mengajak PAS menjalinkan kerjasama politik. Namun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengatakan partinya hanya akan bekerjasama dengan Umno sekiranya parti itu kembali kepada landasan Islam.
Pertemuan dua pemimpin utama parti itu pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang berakhir semalam, telah menjernihkan sedikit suasana dikalangan penyokong parti sama ada PAS-Umno ini akan kembali bekerjasama demi agama, politik dan demi kepentingan umat Islam. 

20 comments:

  1. macam sahabat muawiyah dan amru al ass

    ReplyDelete
  2. Pemimpin pas yg ada adalah pembelit dan pengkhianat pada pengundi. Merekalah barua sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Jika Multaqa alumni AlAzhar pun menerima @ mengiktiraf penerima rasuah cash terbesar dalam sejarah dunia moden dengan memberi lalyan sebagai perasmi persidangan...maka jangan hairan jika lebih banyak dosa lagi yg boleh dihalalkan oleh lebai duniawi...seperti mana dosa Haji Hadi memperdaya rakyat terengganu dengan fatwa UMNO kafir kerana mempertahankan perlembagaan penjajah dan sekarang ini fatwa ini dah tak relevan kerana pengiktirafan Hadi keatas Najib sempena multaqa alumni lebai2..

    ReplyDelete
  4. Dalam pkr..amanah..dap pun ada orang islam..tak nak kerjasama ka?

    ReplyDelete
  5. Nik abduh bab agama memang dia mengaji tp bab politik buduh...

    ReplyDelete
  6. Bengong nya nik abduh....bab agama memang dia mengaji tp bab politik buduh

    ReplyDelete


  7. الغاية لا تُبرر الوسيلة

    Ertinya : " Matlamat tidak menghalalkan cara"

    ReplyDelete
  8. Hudud APA cite? Sisihkan rakan, rapat pula dgn musuh.

    ReplyDelete

  9. Kenapa laa ramai sangat pemimpin PAS sejak kematian TGNA ni bangang dan bodoh berpolitik !! Selamat tinggal romeo la engkau orang, cepatlah sikit join BN tu dan senang kita rakyat prihatin nak buat keputusan dlm PRU14 nanti. Huh ...

    ReplyDelete
  10. Selamatkah demo di Pasir Mas tu weh. Kabar regtek.

    ReplyDelete
  11. Mari kita kutuk ramai nik abduh bdk ahli sunnah ni.

    Kita semua harus patuh kpd pemimpin ulung PAN iaitu imam mohd sabu. Kelak hidup kalian akan diberkati.

    Segala pujian utk imam mohd sabu. Jemaah sentiasa diblkgmu. Segala pujian jugs untuk imam ali , hussien dn ahlul bait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak puji imam besar kamu syeikh najib alpekani, ooops silap ..... altantuya!

      Delete
  12. Inilah ularmak sarkas PAS..
    Badut kepada umno

    ReplyDelete
  13. Nik abdoh ni bila bersuara mula ketar dagu. Tk tahu biji butir. Apa mesej? Direct je. I love umno. Bila pimpinan pas chai menang, zahid komedi dan utusan ucap tahniah2. Ni dia kepimpinan ulamak. Bila musuh puji maksudnye kita dah gelincir landasan sebenar. Baik ada makna. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  14. Ada 2 mazhab biasa kita dengar. Ahli sunnah wal jamaah & syiah. Ada satu lagi. Ahli punah wal ranah. Ini paling teruk. Haha

    ReplyDelete
  15. Aku rasa dia ni tak tau dan tak faham apa yang dia cakap.

    ReplyDelete
  16. Mcm burong tiong. Org bising dia pun bising. Kahkah. Baik pi jaga rakyat pasir mas. Makan ke ada rumah ke kena banjir ke? Masuk parlimen diam tk berkokok. Buat hapa? Ngabih boreh jer. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa