Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 20, 2015

Kukuhkan Pakatan Harapan, pedulikan PAS!

Sekiranya PKR juga kluk-klek dan masih nak bergantung pada PAS, kenapa tidak PKR juga ditolak jer ke tepi

Ingat, sekarang rakyat mahu lihat pada siapa yang boleh bergantung harap dan bersepakat mengukuhkan jalinan hubungan dengan agenda yang satu dan matlamat yang satu. 

Bukannya berbagai pandangan yang bercanggah mengikut mulut becuk masing-masing!

Gagal wujudkan pakatan beri kelebihan pihak lawan
SITI FATIHAH AWANG
20 DISEMBER 2015
KOTA BHARU - Parti Amanah Negara akui perpecahan dan kegagalan mewujudkan pakatan yang kukuh antara parti-parti pembangkang akan memberi sedikit kelebihan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Kelantan), Che Ibrahim Mohamed berkata, walau bagaimanapun, Amanah bersama Pakatan Harapan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan yakin akan mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi.

“Amanah sudah bersedia untuk menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang yang baru walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Pas,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selama ini Pas sering menimbulkan masalah dan kesukaran dalam gerak kerja parti pembangkang kerana sikapnya yang sering berdolak dalih dan tidak ada pendirian politik yang jelas.

Beliau berkata, malah sesetengah pemimpin Pas masih beranggapan Pakatan Rakyat (PR) masih lagi wujud dan bersedia mengukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Namun sebenarnya dalam masa yang sama pemimpin lain pula membuat kenyataan, bahawa Pas cukup selesa dan semakin kuat dengan bergerak secara bersendirian.

“Tetapi sebagai satu parti yang menjadi tunjang dalam Pakatan Harapan, Amanah sentiasa membuka peluang kepada Pas untuk bersama-sama dalam pakatan pembangkang untuk menentang BN dalam pilihan raya,”katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai cadangan kerjasama antara Pas dan Umno yang sering dibincangkan kini, beliau berkata, kemesraan hubungan kedua-dua parti itu akan memudahkan pengundi membuat penilaian berhubung pendirian atau sikap sebenar politik Pas yang semakin tidak selesa untuk bersama-sama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.

“Kita mengalu-alukan hasrat Umno untuk bergabung atau bekerjasama dengan Pas kerana pertandingan satu lawan satu antara parti pembangkang dalam  Pakatan Harapan dan parti pemerintah dalam Barisan Nasional dapat direalisasikan.

“Jika gabungan ini benar-benar berlaku, maka kita akan menyaksikan sejarah pertandingan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dan BN akan sebagaimana yang telah berlaku dalam pilihan raya yang lepas akan berulang sekali lagi dalam PRU 14 ini,”katanya.

9 comments:

  1. Aku nak Azmin Ali ditendang KELUAR.Dia Ni ibarat During DLM Daging pada Pakatan Harapan.Pengacau Perpaduan Pakatan Harapan.aku harap Azmin diTendang Dengan Segera

    ReplyDelete
  2. kalau tak gabong pun tak apa asalkan omno setuju
    untuk usaha laksanakan hukum hukum Islam
    ini semua tipu daya omno nak pelingkup pas
    pas pulak rasa dah pandai elok bersama omno
    nanti boleh pujok omno setuju konon
    maaf la omno takkan setuju
    kenali pokok lidah bewak n pokok lidah mak mentua
    kallau tak kenal lagi memamg padam muka pun
    jauhi dari puak muqtasimin

    ReplyDelete
  3. LEBIH MULIA PAS BERGABUNG DENGA UMNO DARI DAP KAFIR YANG SELALU HINA ISLAM DAN AMANAH YANG JELAS2 JADI BARUA DAP NAK PELINGKUP ISLAM DEMI PANGKAT DAN WANG

    ReplyDelete
  4. Tak banyak pun rakyat yang menaruh harapan kepada PH hanya segelintir yang ada disini termasuk admin, jangan perasan dengan PAN. Mereka ni hanyalah golongan yang kecewa.

    ReplyDelete

  5. siapakah antara ahli PAS yang setuju PAS bersama UMNo?.
    Kebanyakan penyokong PAS di Kelantan secara terang tidak setuju dan menolak usaha pimpinan PAS mengadakan usaha untuk berkerja sama (kahwin mutaah) dengan UMNo. Walaupun pimpinan PAS Kelantan cuba menafikannya, namun hangat bara bantahan amat terasa.
    Sementara ahli-ahli PAS mula menunjukkan sikap tidak senang dan mengkritik pimpinan PAS Kelantan yang menunjukkan sokongan kepada kehendak dan cita-cita pimpinan PAS pusat. Walaipun mereka tidak membuat kritikan terbuka kepada pimpinan, namun asas kekuatan peringkat akar umbi layu seperti rumput terkena racun.
    Kenyataan setiausaha Agong PAS / ahli Parlimen Kota Bharu (bukan anak Kelantan) hari ini, bahawa PAS sedia memaafkan dosa-dosa lampau UMNO menampakkan sikap berbuak-buak untuk berkahwin dengan UMNO tidak boleh lagi ditahan.
    Tanpa menghiraukan perasaan ahli dan penyokong PAS peringkat pariah dan akar umbi. Pimpinan PAS melalui setiausaha Agong seolah-olah telah dilamun berahi dan syahwat yang tidak terkawal untuk berkahwin dengan UMNo. Mereka seolah-olah mahu tidur sekatil, walaupun terpaksa melalui kahwin mutaah.
    Kemungkinan basar dijangkakan pimpinan PAS Kelantan akan dilanda krisis kepercayaan dan kritikan celupar dari ahli dan penyokong PAS yang boleh meruntuhkan kehormatan pimpinan PAS Kelantan.
    Jika pimpinan PAS tidak yakin, mereka boleh merisik dimana sahaja perbincangan politik rakyat Kelantan bergema, dikedai kopi atau disurau. Mereka akan lihat, penyokong PAS tanpa malu dan segan akan membuat serangan pribadi dan mengecam pimpinan PAS Kelantan.
    Modal wala' dan mempercayai pimpinan yang selama ini subur dalam sanubari hati ahli telah terhakis. Pimpinan PAS kelantan sekarang tidak boleh menyamakan diri mereka seperti TGNA. Penyokong dan ahli PAS hari ini berpendapat bahawa "ulamak yang istiqamah dengan perjuang" sahaja yang layak menerima wala' dari mereka.
    Sebenarnya permainan yang digerakkan oleh pimpinan PAS Kelantan adalah suatu yang amat merbahaya kepada masa depan PAS di Kelantan. Bahkan kalau tersalah sepakan, mereka akan dikelaskan sebagai pengkhianat kepada perjuangan PAS.
    Kemungkinan kacau bilau seperti ini berlaku disebabkan hukuman dan qada atas dosa pimpinan PAS Kelantan bertindak menyokong pembuangan ahli-ahli PAS secara tidak betul pada muktamar Jun lepas.
    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Pas akan hancur d sarawak dlm prn tahun dpn

    ReplyDelete
  7. Hahaa.......parti orang asli sekali pun kalau bukan diterajui oleh pembohong, penipu dan penyangak akau tetap sokong.

    PAS lagilah teruk.......diketuai oleh pembohong dan samseng penjual agama pula, nak bergabung dengan penyamun dan penindas rakyat. Alangkah cantiknya!

    Di sokong pula oleh pengikut yang otak kosong dan wala' tanpa fikir

    ReplyDelete
  8. Mr presideng tu ulamak no3 dunia. Jgn hina2 dia, nanti tk berkat krn tk walak kpd ulamak!!!

    ReplyDelete
  9. Waala kepala tok cai,bengong sungguh pemimpin pas itu lah bila ramai nal becakap

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa