Sebenarnya rakyat dah tak peduli apa yang Pok Jib kata.
Nak salahkan siapa pun lantaklah selagi lidah tak bertulang
Kami semua akan hanya peduli pada semua isu ketika PRU14 nanti
Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat - Najib
mStar - Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 5:37 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Beliau berkata tindakan pihak berkenaan yang cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.
"Contohnya, Kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini," katanya melalui 'podcast' yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com pada Jumaat.
Di samping itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga sedang meneliti angkah-langkah bersesuai yang perlu dan mampu diambil. Dalam pada itu, Najib berkata walaupun kerajaan telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat, adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.
Najib berkata pertama sekali adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
"Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.
"Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi," katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbatas lah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.
Najib berkata, sama keadaannya dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan negara apabila pendapatan negara berkurangan.
Perdana menteri berkata kedua, kesan daripada pendapatan negara yang berkurangan, pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
Keadaan itu, katanya mengakibatkan prestasi Ringgit menguncup, dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.
"Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak," katanya.
- Bernama
Sudah2 la tu pok jib
ReplyDeleteAok saje kelentong makcik Felda je..kih kih kih
DeleteSenang cakap, pemimpin UMNO ni bila bercakap saja sudah tentulah ianya merupakan pembohongan dan itu adalah pasti dulu kini dan selamanya. Hanya Hadi serta pulak walaunnya sahaja yang dengan begitu mudah boleh termakan dengan penipuan UMNO ni.
ReplyDeletementeri mabuk gaji tinggi tak tolong rakyat gaji mereka naik dulu
ReplyDeletegst 30 sen top up tak selesai
hampeh
Masa ekonomi bagus you take the credit..bila merundum salahkan faktor luar..abis menteri,pakar,konsultan,punasehat ramai2 yg ko amek dgn gaji super besar yg dibiaya rakyat tu buat apa??panaskan tolo jer ke?
ReplyDeleteIkut suka ko la pak jib nak cakap apa pun !!!,..aku dan Rakyat kat bawahan ni tak ingin nak dengar,...kenyataan ko bukan ada value pun, semuanya putar belit dan mengelirukan, Rakyat hari ini bukan sebodoh yg ko sangka kan ,....peeerraahhh
ReplyDeleteLaaa...u sebuk membela nasib rakyat rupanya....saya ingatkan u cuma sebuk merembat dan memperkayakan Chiba tembam Jho Low dan kroni-krobi lain....
ReplyDeleteKalau tak berlaku ketirisan dan penyelewengan besar-besaran, Malaysia telah lama menjadi sebuah negara terkaya dan bila kaya kerajaan boleh memberi berbagai-bagai subsidi tanpa perlu pemimpin kita mengungkit-ngugkit seolah-olah memfaraidka harta mak bapak dia kpd rakyat...