Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 28, 2017

'Harga' sebuah telefon bimbit yang diragut

Ragut telefon bimbit, 2 rakan dipenjara 15 bulan
TMI  -  Diterbitkan pada 27 Sep 2017 10:11PM

KEGEMBIRAAN dua rakan yang menikmati keuntungan wang hasil jualan sebuah telefon bimbit curi milik seorang ejen hartanah lelaki  tidak bertahan lama apabila mereka ditahan polis dan dihukum penjara masing-masing 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Nik Mohamad Rizuan Nik Saufi, 25 dan Faiz Rezza Romli, 26, selepas mereka mengaku bersalah dengan curang menyembunyikan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenis Samsung milik Tan Yee Han,32, bernilai RM2,000.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 8 Ogos lepas.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu di Jalan Perdana 4/1, Pandan Perdana, Ampang, di sini pada 9.30 malam, 30 Julai lepas mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa telah kehilangan telefon bimbitnya akibat diragut oleh dua individu yang menaiki motosikal ketika mangsa sedang berjalan ke sebuah kedai barangan keagaaman.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam kedua-dua suspek kerana mereka memakai topi keledar  namun hasil siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh mengaku telah menjual telefon bimbit mangsa kepada individu lain dengan harga RM700 dan membahagikan wang jualan itu secara sama rata.

Ketika rayuan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. – Bernama, 27 September, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa