Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 22, 2017

Huh......berapa laju mangsa ni pandu?

Lelaki maut selepas kereta dipandu hilang kawalan 
TMI · Diterbitkan pada 22 Sep 2017 10:02PM
SEORANG lelaki maut dengan badannya terputus dua apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan, di KM20 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang tadi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai N. Ananthan, 27.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa jenis Mitsubishi Lancer ini yang menghala ke Port Dickson dari Seremban, berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaannya dan badan mangsa telah terputus dua daripada paras pinggang ke bawah dan putus kaki sebelah kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainudin berkata mangsa yang maut beralamat di Taman Sri Muda Shah Alam, Selangor. 

"Kemalangan turut menyebabkan kenderaan dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan, sebelah tepi kanan dan belakang.

"Bedah siasat akan dijalankan malam ini di Hospital Port Dickson," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama, 22 September, 2017.

1 comment:

  1. Inspiring story there. What happened after? Good luck!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa