Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 14, 2017

“Ini jenaka paling besar”?: Nanti kita akan tengok mereka bersilat dan berpencak pula!

Trump dapat berbilion, Najib dapat peluang bergambar, Malaysia sifar

 | September 14, 2017
Rakyat sekadar memperoleh ucapan terima kasih daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Ahli Parlimen Pembangkang Sim Tze Tzin dan Tony Pua memakai rambut palsu memperolok Presiden AS Donald Trump, diapit Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin dan Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan hari ini berkata tidak masuk akal Malaysia, sebuah negara membangun, mengeluarkan berbilion dolar untuk “memperkasakan” ekonomi negara dunia pertama.
Ahli Parlimen DAP Tony Pua mengkritik “saat kebanggaan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berpeluang menjejakkan kaki ke Rumah Putih dan bermesyuarat selama “6 minit” dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Menurut Tony, pada hakikatnya Najib hanya memalukan diri sendiri, terutamanya apabila Trump tidak menawarkan sebarang balasan, sekadar berkata “bagus” apabila Najib mengumumkan Malaysia akan melabur hampir RM60 bilion di AS.
“Najib cakap besar tentang urusan AS$10 bilion (RM42 bilion) oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk memperoleh pesawat Boeing, malahan menawarkan secara terbuka untuk ‘memujuk’ AirAsia membeli ejin GE.
“Itu bukan sahaja seperti menawarkan anak perempuan sendiri untuk dikahwini maharaja tetapi menawarkan juga anak saudaranya. Apa yang kita dapat sebagai balasan hanyalah ‘Terima kasih. Saya hargai tawaran itu’.
“Perdana menteri menawarkan emas berlian dalam usahanya yang sia-sia untuk menyokong kempen Presiden Trump, ‘Make America Great Again’, dan kita tidak peroleh apa pun sebagai balasan.”
Tony berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat PPBM hari ini, yang juga dihadiri Ahli Parlimen PKR Sim Tze Tzin, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin, dan Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Rais menyamakan tawaran Najib untuk memperkasakan ekonomi AS seperti cubaan mengajar bola sepak kepada salah seorang pemain bola sepak terhebat, Lionel Messi.
“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS kira-kira 63 kali ganda daripada Malaysia. Boleh pula Najib kata kita cuba memperkasakan ekonomi AS.”
Beliau juga berkata lawatan Najib menjadi “peluang bergambar termahal” kerana menggadaikan maruah negara dan kestabilan ekonomi.
“Beliau bukan sahaja menjual negara kita tetapi termasuk semua aset kita.
“Esok akan diadakan majlis sambutan kepulangan secara besar-besaran untuk wira yang memberikan segalanya tetapi tidak peroleh sebarang balasan,” sindirnya.
Sim pula berkata ianya satu kebiasaan apabila negara membangun membuat lawatan rasmi ke negara dunia pertama, mereka pulang dengan peluang pelaburan langsung asing (FDI).
Sebaliknya, Najib pula yang menawarkan FDI kepada AS ketika lawatan 3 hari itu, kata Sim.
“Ini jenaka paling besar.”
Dzulkefly mengatakan lawatan itu langsung tidak memberi faedah kepada rakyat walaupun Najib peroleh pengiktirafan yang diperlukannya.
“Trump dapat berbilion wang, kita tidak dapat apa-apa ,” katanya.
Menurut laporan asing, Najib yang diapit penasihat tertinggi di Bilik Kabinet Rumah Putih pada Selasa, memberitahu Trump, MAS akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners dan mungkin akan membeli 25 lagi pesawat 737 pada masa depan. Tawaran itu katanya bernilai lebih AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam 5 tahun.
Pembelian pesawat antara komitmen yang diikrar perdana menteri semasa lawatan itu, termasuklah pelaburan lebih besar daripada Khazanah Nasional, yang sebelum ini sudah pun melabur sebanyak AS$400 juta dalam beberapa syarikat teknologi tinggi di AS.
Najib juga berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang untuk melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion kepada pembangunan infrastruktur AS di samping AS$7 bilion yang sudah dilabur oleh KWSP di AS.

1 comment:


  1. Pemimpin Tolol Seperti Mukhriz Mahathir Dan Mahfuz Omar Tidak Tahu, Pelaburan Malaysia Di Amerika Syarikat Berjaya Elakkan Bencana Ekonomi Ke Atas Negara!!!


    'Pakar-pakar' perdagangan, pelaburan dan kewangan DAP tidak banyak bunyi kecuali Tony Pua, LKS dan LKE sekadar bercakap tentang perbelanjaan negara bagi menghantar Perdana Menteri dan delegasinya ke Rumah Putih.

    Isu penambahan modal pelaburan KWSP di Amerika Syarikat sedang dijadikan isu oleh puak-puak Pakatan disamping pembelian pesawat-pesawat Boeing yang baharu. Mereka mengaitkan pembelian tersebut dengan wang KWSP bagi mewajarkan tuduhan dan fitnah mereka.

    Mereka tidak sedar pelaburan KWSP di A.S hanyalah sebahagian daripada 29% jumlah keseluruhan pelaburan global oleh entiti berkenaan. Pelaburan global KWSP telah menyumbangkan 73.9% pada suku tahun pertama 2017 yang berakhir pada 31 Mac 2017.

    Pelaburan Malaysia ke A.S juga merupakan satu lagi 'helah' diplomatik Najib Abdul Razak yang sebenarnya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Dr. Mahathir yang terpaksa membeli besi-besi buruk di Gurun Arizona untuk mengambil hati pentadbiran Reagen dan Bush. Persoalan mengapa Najib Abdul Razak dan MAS memilih Boeing berbanding Airbus mempunyai kaitan dengan kempen-kempen kasar dan sekatan terhadap minyak kelapa sawit di Perancis dan Eropah. Malah pembelian pesawat-pesawat baru sekaligus boleh mewujudkan laluan baru untuk syarikat penerbangan negara yang mengalami kerugian besar semenjak berada di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

    Malaysia berhadapan dengan surplus atau lebihan dagangan besar dengan Amerika Syarikat. Laporan pada 7 bulan pertama 2017 menunjukkan import Malaysia hanyalah kira-kira USD7.8 bilion dari A.S manakala eksport Malaysia ke negara itu adalah USD21 bilion. Surplus yang tercatat dengan A.S adalah sebanyak USD13.2 bilion.

    Awal tahun ini Pentadbiran Trump telah mengenalpasti Malaysia sebagai salah sebuah daripada 16 kelompok 'penipuan perdagangan' dan telah menandatangani arahan bagi menghalang lambakan dan mengenakan denda perdagangan ke atas Malaysia.

    Tidak ramai yang sedar sekiranya tindakan itu diambil, seperti menguatkuasakan penalti dan undang-undang anti lambakan ke atas Malaysia, negara bakal berhadapan dengan bencana ekonomi. Ia pasti akan memberi kesan terhadap ekspot Malaysia ke A.S yang kerugiannya pasti mencecah puluhan billion dollar USD setiap tahun.

    Pastinya Malaysia tidak mahu kehilangan ekspot ke negara yang merupakan kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Dan yang pastinya Najib tidak boleh memujuk A.S datang melabur ke Malaysia sekiranya A.S terus menerus merungut dan memprotes surplus dagangan yang terlalu memihak kepada Malaysia.

    Pengumuman Najib Abdul Razak bahawa Malaysia telah melabur dan banyak membeli dari A.S, sudah pasti akan mengendurkan ketegangan dagangan yang diinisiatifkan oleh Trump.

    Apa yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sebenarnya merupakan salah satu daripada caranya menyelamatkan ekonomi Malaysia, selain menyelamatkan gaya hidup mewah kebanyakan rakyat Malaysia.

    Yang pastinya, duit tidak akan beranak dengan sendirinya, melainkan perlu dilaburkan untuk dibiakkan. Dan itulah yang dilakukan oleh Najib berbanding BAIL-OUT syarikat-syarikat anak dan kroni seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir menggunakan wang KWSP, atau pun menjahanamkan dan merugikan MAS semata-mata untuk menutup kerugian besar perjudian FOREX!!!


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa