Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 12, 2017

Kerana nafsu dan dendam PAS melangkaui realiti?

PAS benci Amanah, DAP melebihi sayang kepada Islam dan negara, kata Dr Mahathir
Diterbitkan pada 11 Sep 2017 4:59PM
Dr Mahathir Mohamad berkata, PAS hanya mementingkan pertikaian dengan Amanah dan DAP berbanding menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Najib. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2017.

PAS membenci Amanah, DAP lebih daripada mereka cintakan Islam atau negara, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, PAS terlalu obses dengan permusuhan terhadap Amanah dan DAP, dan rela jatuh dalam pertembungan tiga penjuru daripada terguh berdiri untuk Melayu Islam atau negara.

PAS tidak peduli tentang kaum, agama, dan negara; mereka tidak mementingkan untuk menjatuhkan pentadbiran kleptokrasi Najib,” katanya dalam blognya chedet.cc hari ini.

“Bagi PAS yang penting adalah permusuhannya dengan Amanah dan DAP.  Bagi PAS partinya lebih utama dari segala-galanya. Kalah pun tidak mengapa asalkan PAS bertanding.”

“Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad.

“Penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara,” katanya. 

Dr Mahathir berkata, tiada siapa yang boleh kafirkan orang Islam kerana perbezaan politik.

Beliau turut menggesa PAS untuk menghentikan amalan kontriversi sembahyang dua imam yang dakwanya masih diamalkan di Terengganu.

Pada tahun 80an, ahli PAS fanatik tidak akan menyertai solat Jumaat yan diimamkan ahli Umno, kerana percaya solat mereka tidak akan diterima.

Dr Mahathir menegaskan PAS tidak pernah menang di peringkat nasional, dan berkata kebanyakan kerusi parlimen yang dimenangi sendiri tanpa penyertaan dalam pakatan pembangkang adalah 11 kerusi.

“PAS hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional,” kata Dr Mahathir.

“Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, 'tahaluf siyasi' baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.”

Dr Mahathir berkata kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS, hanya untuk memecahkan undi pembangkang.

“PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang. Tidak ada satu pun dari perjuangannya yang didakwa untuk Islam yang dapat dicapai olehnya sejak ia ditubuh.”

Tambahnya, PAS menyedari kemenangannya di Pantai Barat pada pilihan raya umum ke 12 dan 13 adalah kerana sokongan pengundi Cina dan DAP.

Akibatnya, PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi daripada yang dipegangnya dalam pilihan raya akan datang jika ia bertanding dengan 60 kerusi yang sama pada PRU13.

Dr Mahathir turut meminta kepimpinan PAS dan ahlinya agar “bertaubat”.

“Sesungguhnya mengundi PAS adalah sama dengan mengundi BN dan mendokong perbuatan jenayah, rasuah dan mencuri yang diamal oleh BN pimpinan Najib.  

“Dosa yang akan ditanggung pengamal jenayah akan ditanggung juga oleh mereka yang menyokong penjenayah. Oleh itu bertaubatlah wahai pemimpin dan ahli PAS,” katanya. – 11 September, 2017. - sumber

2 comments:

  1. We are also seeing lower in the ranges of Schooling for poor African and White kids right here in our nation.

    ReplyDelete
  2. Kah Kah Kah...... Al-Fadhil Ust Tn Hj Madey cakap cinta kpd DAP menyamai cinta kpd Islam dan negara. Demikian petikan dpd kitab New Hope versi Evangelis....... Kah Kah Kah yg ni baru tak sesat mcm PAS. Bertaubat cara ajaran yg diajar Pope dosa 100% terhapus dan tak perlu khuatir dosa2 spt zina, makan rasuah, salah guna kuasa, LGBT, makan duit rakyat berbillion2 dll lg. KAH KAH KAH....... org tua kutuk nyanyuk ni berguru kat mana? Vatican? Tokong Penang? Pakat2 anutilah ideology sonsang Madey kalau nak lekas masuk Syorgaaa! Di dunia dah dapat berfesta bagai Syorgaaa. Hantam saja duit rakyat berbillion2 tu! Apa nak takut? Lesen besar dah dapat! Jesus dah tebus dosa hang pa! KAH KAH KAH........Dijamin Ringgit Kashorgaaaa!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa