Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 15, 2017

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Dr Asri ingatkan sejarah PAS dan Hudud?...                                     
Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti. Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut ‘perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila ‘angin politik’ anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Dr Asri Zainul Abidin ialah Mufti Perlis

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa