Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 11, 2017

PAS dan Gagasan Sejahtera: Dari pandangan orang Sarawak........

Berita Sarawak

Gagasan Sejahtera Bukti PAS Tidak Bersendirian Pada PRU14
Published: Monday, 11 September 2017
KUCHING: Penubuhan Gagasan Sejahtera bukti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bersendiriam dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- (PRU14) kelak.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, PAS akan bersama sebuah gabungan yang disertai bukan hanya parti politik tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya lagi, PAS tidak bersendirian dalam pilihan raya kali ini di mana PAS hadir bersama sebuah gabungan yang mantap yang dinamakan Gagasan Sejahtera.

“Gabungan ini disertai bukan hanya parti politik, malah turut disertai NGO dan orang perseorangan yang semestinya dapat menjadi sandaran kepada rakyat dalam membawa mesej mereka selain mampu menawarkan perkhidmatan terbaik andai terpilih sebagai kerajaan kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRU14 PAS di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak di Matang Jaya di sini malam kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Petra Jaya Morshidi Hasan dalam ucapannya pula menyatakan komitmen PAS untuk memenangi Parlimen Petra Jaya sekali gus melaungkan amaran kepada lawannya sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, PAS sentiasa komited dalam perjuangannya dan tidak khuatir walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku. – Sarawakiana

Kaitan: PAS ‘mimpi siang hari’ mahu tawan Putrajaya

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa